DAP makin berani tapi UMNO bukan tunggul kayu – Shaiful

DAP makin berani tapi UMNO bukan tunggul kayu – Shaiful

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin beri amaran kepada Nga Kor Ming menjadi menteri bukanlah lesen untuk mencadangkan benda yang bukan-bukan.

Tegas beliau, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu sepatutnya sensitiviti dengan parti lain dan jangan menganggap UMNO hanya tunggul kayu.



Namun beliau tidak pelik pun kerana belakangan ini pemimpin pemimpin DAP sudah semakin berani mengeluarkan kenyataan dan kritikan yang berbaur rasisme seperti Tony Pua dan Ramkarpal Singh.

“Mereka terlupa agaknya yang sekarang mereka bukan lagi pembangkang, dan mereka pun mungkin terlupa yang DAP sudah bekerjasama dengan UMNO.

“Hendak ataupun tidak, mereka sudah perlu untuk berhenti untuk mengeluarkan sentimen agama dan perkauman.

“Tindak tanduk DAP ini menimbulkan kerisauan dalam UMNO Kedah. Ini sebab ada dalang dalang dalam DAP yang cuba untuk menganggu-gugat keharmonian Kerajaan Perpaduan dan cubaan untuk mencetuskan perbalahan sesama parti komponen,” katanya dalam satu kenyataan di sini.



Mengulas lanjut, Shaiful Hazizy berkata, tindakan Kor Ming mencadangkan agar Kampung Baru Cina di Selangor diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) tidak melambangkan tindakan sebuah kerajaan yang mewakili pelbagai kaum dan agama.

Apatah lagi jelas beliau, DAP yang diwakili Kor Ming mendakwa mereka adalah parti pelbagai kaum dan agama.

“Kalau benar lah Nga Kor Ming itu menteri yang benar-benar menjaga kepentingan semua kaum, kenapa hanya perkampungan Cina yang diangkat? Kenapa tiada cubaan yang sama dengan kampung kaum Melayu dan India? Malah kampung kampung Melayu diroboh dan dikacau.

“Tindakan ini juga kelihatan seperti Nga Kor Ming cuba mengekalkan budaya kaum sendiri sahaja dan mengenepikan budaya, tradisi dan sejarah kampung kampung lain. Mudahnya, ini lah ethnocide halus yang dibawa oleh mereka,” katanya. MG



DAP makin berani tapi UMNO bukan tunggul kayu – Shaiful

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rafizi yang akan ‘terbakar’ jika terus temberang



Vida geram Marissa jadi penyondol

Kecantikan Marissa bikin ramai cair



Rekod Nasi Kandar Sulaiman pecah lagi, kali ini RM222



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker