Britney Spears beri amaran, enggan muncul di pentas selagi bapanya 'berkuasa' — MYKMU.NET

Britney Spears beri amaran, enggan muncul di pentas selagi bapanya ‘berkuasa’

Sebaran :

Britney Spears beri amaran, enggan muncul di pentas selagi bapanya ‘berkuasa’

LOS ANGELES: Penyanyi terkenal, Britney Spears memberi amaran enggan membuat persembahan di pentas selagi bapanya masih diberi kuasa untuk mengawal kerjaya dan kehidupannya.

“Bagi anda yang mengkritik video tarian yang saya muat naik di sini (Instagram), dengar. Saya tidak akan tampil di pentas selagi bapa saya mengawal apa yang saya pakai, cakap, bertindak dan berfikir,” katanya dalam catatan panjang lebar di Instagram.

“Konservatori ini membunuh impian saya. Yang saya ada kini cuma harapan tetapi itu pun ada yang mahu rampas daripada saya.



“Banyak dokumentari menyiarkan detik-detik memalukan dari masa lalu, sedangkan saya sudah melupakannya,” tulisnya.

Bapa Spears, Jamie diberi hak sepenuhnya untuk mengawal peribadi, harta dan aset anak keduanya yang berjumlah hampir AS$60 juta, sejak kira-kira 13 tahun lalu.

Ia susulan penyanyi ‘Baby, One More Time’ itu dikatakan mengalami masalah mental.

Awal Julai lalu, Spears memberitahu hakim dalam perbicaraan kes di Los Angeles yang dia sangat takut dengan ayahnya, selain menyifatkan konservatori itu sebagai satu penganiayaan.

Spears juga mendapat hak untuk mengupah peguamnya sendiri dan Pendakwa Raya Persekutuan, Mathew Rosengart dilantik mewakilinya.



Awal tahun ini, sebuah dokumentari mengenai Spears, berjudul ‘Framing Britney Spears’, dicalonkan untuk dua anugerah Emmy, sekaligus membuka cerita yang selama ini tidak diketahui ramai.

Peminat dan selebriti mula bercakap mengenai konservatori Britney di media sosial menggunakan hashtag #FreeBritney.

Perbicaraan bakal bersambung pada 29 September depan di Los Angeles.

Britney Spears beri amaran, enggan muncul di pentas selagi bapanya ‘berkuasa’




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pelawak Achey Patah Tangan Durian Punya Hal [VIDEO]

‘Surat Azmin’ digunakan untuk balik kampung – TPM


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: