Wanita, anak bergelang pink ditemui mati

Wanita, anak bergelang pink ditemui mati

Wanita, anak 5 tahun bergelang ‘pink’ Covid-19 ditemui maut ketika suami di kuarantin di MAEPS Serdang

PETALING JAYA: Seorang wanita dan anak perempuannya berusia 5 tahun yang memakai gelang ‘pink’ kuarantin Covid-19 ditemui maut di luar sebuah bangunan di Taman Tenaga, Salak Selatan, Cheras, Kuala Lumpur.

Sejurus selepas kejadian itu dilaporkan, polis mendapati suami wanita itu di kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS Serdang, kerana disahkan positif Covid-19.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Annas Sulaiman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira 6 petang semalam.

Beliau berkata wanita berusia 38 tahun itu adalah warga India.

“Pegawai perubatan hadir ke tempat kejadian mengesahkan kedua-dua mangsa meninggal dunia. Pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati terdapat kecederaan di kepala.

“Siasatan awal juga tidak menemui unsur jenayah, Siasatan masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Individu yang mempunyai masalah boleh menghubungi sukarelawan terlatih di Befrienders menerusi talian 03-79568145/8144 pada bila-bila masa, atau melalui e-mel. FMT

Wanita, anak bergelang pink ditemui mati


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kluster menteri buat keputusan songsang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker