Teruskan PdPR hingga akhir tahun

Teruskan PdPR hingga akhir tahun

Kementerian Pendidikan (KPM) wajar meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sehingga hujung tahun, iaitu tamat sesi persekolahan untuk tahun 2021.

Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad, berkata cadangan itu lebih praktikal, teratur dan sesuai dalam situasi wabak dan dasar pelalian, ketika ini.



Katanya, peneruskan PdPR hingga akhir tahun memberi kebaikan kepada semua pihak, khususnya ibu bapa dan murid-murid agar mereka mempunyai masa lebih panjnag untuk bersedia mengikuti kandungan pembelajaran.

“Penangguhan persekolahan hingga hujung tahun itu juga mengambil maklum berkenaan kanak-kanak di bawah usia 18 tahun yang tidak akan divaksin, sedangkan mereka terdedah dan berisiko tinggi terhadap jangkitan varian baharu.

“Pembukaan sekolah tidak sepatutnya dilakukan sehingga KPM mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang jelas dan berkesan, bagi hampir lima juta murid kategori tidak-vaksin.

“Apakah KPM boleh memberi jaminan keselamatan murid-murid yang akan ke sekolah tidak berisiko menjadi pembawa virus COVID-19 ke dalam keluarga mereka?” katanya dalam kenyataan hari ini.



Semalam, KPM mengumumkan sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersemuka mulai 1 September ini. Pada masa sama, PdPR diteruskan sehingga 31 Ogos.

Katanya, amalan PdPR yang dijalankan sepanjang 15 bulan lalu juga didapati mempunyai banyak penambahbaikan oleh guru-guru.

“Prestasi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang terbaik dalam tempoh lima tahun juga membuktikan tiada keperluan bagi KPM secara tergesa-gesa untuk membuka sekolah pada September ini.

“Berkenaan ketidaksediaan ibu bapa membenarkan anak-anak ke sekolah semula atas sebab bimbangkan keselamatan nyawa, adakah PdPR akan diteruskan serentak semasa sesi persekolahan berjalan?



“Perkara ini memberikan dua beban pengajaran kepada guru-guru dan mungkin tidak adil pada murid-murid yang tidak hadir ke sekolah, jika PdPR tidak lagi dilaksanakan selepas sekolah dibuka semula,” katanya. BH

Teruskan PdPR hingga akhir tahun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Kluster menteri buat keputusan songsang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker