Letak TH di bawah BNM dibimbangi akan jadi kecuaian kerajaan

Letak TH di bawah BNM dibimbangi akan jadi kecuaian kerajaan. Keputusan untuk menyenaraikan Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai institusi kewangan Islam di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) mengikut Seksyen 223 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dibimbangi akan menjadi satu kecuaian pihak kerajaan.

Presiden Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Ustaz Zamani Ibrahim berkata, pihaknya tidak mahu melihat ia menjadi sebuah lagi kegagalan kerajaan dalam menjaga aset utama orang Islam, sekali gus mengkhianati objektif penubuhan TH dan hasrat semua orang Islam yang menyimpan di dalam TH.

“Sebuah kerajaan mesti melihat kesan jangka pendek dan jangka panjang yang boleh memberi kesan negatif kepada orang Islam. Sepatutnya kerajaan mesti menjadikan keutamaan dalam memastikan kelangsungan TH. 



“Sebarang kelemahan yang berlaku pada TH dari pelbagai sudut perlu diatasi. Sekiranya perlu menukar individu terlibat kerana kelemahannya, maka gantikan dengan individu yang ada kepakaran. 

“Tetapi bukan dengan menukar pihak yang mengawal selianya,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Beliau menegaskan, kerajaan mesti mengambil pertimbangan untung rugi orang Islam dalam menyelesaikan masalah TH. 

“Perbincangan semua pihak dengan melibatkan pakar-pakar ekonomi yang berjiwa Islamik perlu dilibatkan. Objektif perbincangan tersebut mesti menghasilkan keuntungan kepada semua orang Islam yang menjadi penyimpan di TH. 



“Kesilapan pihak kerajaan untuk menjaga aset utama orang Islam akan menyebabkan para penyimpan akan mengeluarkan simpanan mereka dan tidakkah ini juga memberi impak yang negatif kepada TH itu sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Zamani berkata, BERJASA menyokong tiada lantikan politik dalam pengurusan tertinggi di TH. 

Selain itu, katanya, pelantikan mestilah berasaskan kepakaran tahap tinggi individu itu.

Katanya lagi, menubuhkan badan khas bagi menyelidik punca masalah TH adalah antara pendekatan terbaik. 



“Ini penting, hindarkan kebimbangan terbongkarnya salah laku individu sebelum ini demi menjaga kepentingan aset utama umat iaitu TH itu sendiri.

“TH mesti sentiasa mempertahankan objektif penubuhan TH itu sendiri. Rakyat menyimpan di TH adalah untuk menunaikan ibadah haji dan TH adalah sebuah institusi bagi merealisasikan hasrat tersebut,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Kewangan mengumumkan TH akan dikawal selia oleh BNM.

Kementerian dalam kenyataan berkata, Jemaah Menteri bersetuju dengan penyenaraian TH sebagai institusi kewangan Islam di bawah Seksyen 223 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam.



Letak TH di bawah BNM dibimbangi akan jadi kecuaian kerajaan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Mereka’ jahanamkan impak ekonomi bernilai RM500 billion begitu sahaja – Najib Razak



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker