Intan Najuwa : Saya boleh mati bila-bila masa

Intan Najuwa : Saya boleh mati bila-bila masa

Bijaknya Intan Najuwa

SETIAP manusia di atas muka bumi ini mempunyai prinsip hidup tersendiri, sama juga dengan si cantik Intan Najuwa.



Baru-baru ini, dia ditanya oleh pengikut Instagram apakah faktor yang membuat dirinya sentiasa kuat menghadapi kehidupan yang sukar pada hari ini.

“Kadang-kadang kehidupan sangat sukar, apakah yang membuatkan anda sentiasa kuat?” soal netizen berkenaan.

Kongsi Intan, dia tidak mempunyai sebarang tips, namun sentiasa percaya dengan qada dan qadar yang telah Tuhan tetapkan untuknya.

“Saya sentiasa ingat bahawa saya tidak layak untuk apa sahaja dan boleh mati pada bila-bila masa. Saya serahkan kepada Allah SWT untuk uruskannya.



“Dia merupakan perancang yang terbaik dan disebabkan itu juga, saya tidak terburu-buru dalam kehidupan kerana percaya dengan takdir. Dia telah menetapkan sesuatu yang indah untuk kita semua, jadi teruskan menjadi kuat,” tulis Intan.

Sebak Diva bila membaca perkongsian Intan. Jadi, itulah yang membuatkan Intan kuat melalui segala kecaman netizen pada hari ini. Patutlah, bijak juga Intan ni. K Online

Individu yang mempunyai masalah boleh menghubungi sukarelawan terlatih di Befrienders menerusi talian 03-79568145/8144 pada bila-bila masa, atau melalui e-mel.

Intan Najuwa : Saya boleh mati bila-bila masa




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kluster menteri buat keputusan songsang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker