Faedah atau keistimewaan kepada mereka yang telah lengkap dos vaksin Covid-19
Faedah atau keistimewaan kepada mereka yang telah lengkap dos vaksin Covid-19. Kelonggaran bagi individu yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Pemulihan Negara minggu depan.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kelonggaran itu bagi memberi faedah atau keistimewaan kepada mereka yang telah lengkap dos vaksin mereka.
“… dan lepas itu kita akan umumkan apakah kelonggaran-kelonggaran kepada mereka yang dapat dua dos ini supaya mereka tidak terus ‘terikat’; perlu ada beberapa kelebihan (advantage) untuk mereka,” katanya setelah melakukan lawatan ke syarikat farmaseutikal Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd di Puchong hari ini.
Muhyiddin berkata kelonggaran itu mungkin termasuk pergerakan untuk membeli-belah, atau sekurang-kurangnya rentas daerah.
Menurutnya langkah berkenaan juga seiring dengan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi terutama di Lembah Klang pada Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) nanti.
Sementara itu Muhyiddin berkata kerajaan kini menumpukan proses vaksinasi di kawasan Lembah Klang untuk terus menurunkan kes Covid-19 di kawasan ini.
“Kita telah tubuh ‘task force’ antaranya bagi meningkatkan jumlah vaksinasi di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.
“Buat masa sekarang ada tiga juta bekalan vaksin untuk warga kawasan ini bagi memastikan penurunan dalam tempoh dua atau tiga minggu akan datang, supaya kawasan ini boleh masuk ke Fasa Dua PPN dalam masa terdekat,” katanya.
Bagaimanapun katanya orang ramai terus diingat untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan awam yang ditetapkan bagi memastikan wabak Covid-19 terus terkawal.
Faedah atau keistimewaan kepada mereka yang telah lengkap dos vaksin Covid-19
Baca Artikel Menarik :
- TH berdepan beberapa risiko jika diletakkan di bawah BNM
- Tok Mat kata pelan pemulihan negara perlu segera
- UMNO Kepentingan Pertiwi Diutamakan
- Janna tayang punggung, netizen yang panas
- Muka Selebriti Ini Selepas Buat Pembedahan Plastik…Beza Memang Berbeza
- Resepi asam pedas ekor terangkat
Polis lepas 2 tembakan ke arah kereta dipandu pemandu ‘lalok’
You must be logged in to post a comment.