Bantuan kerajaan sudah memadai – Armada Bersatu
Bantuan kerajaan sudah memadai – Armada Bersatu
Bantuan kerajaan setakat ini sudah memadai – Ashraf Mustaqim
Langkah kerajaan yang membantu rakyat dengan pelbagai inisiatif setakat ini disifatkan sebagai satu usaha yang sudah memadai.
Ketua Penerangan Armada, Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata, tindakan kerajaan itu adalah bagi memenuhi keperluan dan kehendak rakyat pada masa ini namun tidak menolak keperluan untuk meningkatkannya lagi pada masa depan.
“Keberadaan masyarakat dalam situasi pandemik ini yang mana bukan sekadar orang kata terhimpit daripada sudut atas faktor kesan kesihatan semata-mata tapi kita juga terkesan atas faktor ekonomi.
“Kalau bercakap dalam konteks ekonomi faktor untuk meneruskan kehidupan masyarakat sememangnya apa yang dilaksanakan kerajaan daripada awal hingga sekarang adalah memadai,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Program SkopMG bertajuk Sudah Cukupkah Kerajaan Bantu Rakyat? yang disiarkan secara langsung malam ini.
Mengulas lanjut, Ashraf Mustaqim berkata, mungkin ada dalam kalangan kelompok masyarakat yang terkesan dengan pandemik yang melanda seperti golongan M40 yang jatuh menjadi B40.
Tambahya, penilaian kerajaan untuk membantu rakyat memerlukan penelitian dengan mengukur julat keperluan dan kelas yang ada.
Justeru katanya, wujud pelbagai bantuan oleh kerajaan seperi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Pemulih yang kini memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat. MG
Bantuan kerajaan sudah memadai – Armada Bersatu
Baca Artikel Menarik :
- Mahathir kata sidang parlimen khas dibuat secara olok-olok lepas desakan Agong
- Bukalah hati, belanjalah kerajaan – Shahril Hamdan
- Pembiayaan politik dan bendera putih
- Google Diminta Bayar Denda Sebanyak RM2.4 Bilion
- Tanah kubur abang aku masih merah lagi!
- Resepi Sandwich Tuna Pedas
Beri anak minum racun, suami isteri ditahan
You must be logged in to post a comment.