UMNO akan kembali sebagai teras pentadbiran – Zahid

UMNO akan kembali sebagai teras pentadbiran – Zahid

UMNO akan bangkit dengan semangat baharu yang jauh lebih hebat jika diberi peluang oleh rakyat untuk diangkat menjadi kerajaan pada pilihan raya akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, berdasarkan pengamalan, pengetahuan dan kemahirannya sepanjang tempoh 75 tahun menjadi parti yang berkhidmat kepada rakyat.

Kata beliau, dalam usia itu UMNO semakin bertambah matang dan lebih penting memiliki lebih banyak pengalaman dari pelbagai cabaran.

“UMNO memiliki lebih banyak pengalaman dari pelbagai cabaran selepas tiga tahun berlaku dari detik hitam 9 Mei 2018, yang mana UMNO dan Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 itu.

“Sejak itu pelbagai ujian, cabaran duri dan ranjau yang kita lalui, yang menyaksikan kesetiaan adalah tonggak utama meneruskan sebuah perjuangan,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, kini UMNO memahami aspirasi yang perlu dipenuhi dan berjanji parti itu akan kembali sebagai teras pentadbiran.

Katanya, UMNO akan lebih mantap untuk menterjemah sanubari rakyat, tambahan pula resam hidup yang telah dilalui membuatkan parti itu lebih memahami.

“Kematangan UMNO adalah sebuah proses berterusan dan apabila diangkat semula, Insya-Allah, kita jauh lebih hebat,” katanya. MG

UMNO akan kembali sebagai teras pentadbiran – Zahid


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bukalah hati, belanjalah kerajaan – Shahril Hamdan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker