Banyak isu panas, tunggulah – Ahmad Said

Banyak isu panas, tunggulah – Ahmad Said

Banyak isu panas saya nak bangkitkan di sidang DUN – Ahmad Said

KUALA TERENGGANU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu didesak bersidang segera bagi membincangkan dan menangani isu-isu berkaitan Covid-19 di samping usaha pemulihan ekonomi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Said berkata, tindakan melengah-lengahkan perkara itu akan menyebabkan rakyat terus terhimpit dalam pelbagai masalah.

“Banyak negeri sudah menetapkan tarikh DUN bersidang, tetapi kenapa Terengganu masih berdiam dan setakat ini tiada apa-apa maklumat mengenainya.

“Setahu saya semua wakil rakyat sudah divaksin, jadi apa yang menyebabkan DUN masih belum boleh dibuka? Ada banyak isu panas yang saya nak dibangkitkan,” katanya dalam sidang akhbar di kediamannya di sini hari ini.

Baru-baru ini, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyatakan kesediaan untuk mengadakan sidang DUN dan pihaknya masih menunggu makluman Majlis Keselamatan Negara (MKN) di samping Kementerian Kesihatan berhubung kaedah terbaik pelaksanaannya. – UTUSAN

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Banyak isu panas, tunggulah – Ahmad Said


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bukalah hati, belanjalah kerajaan – Shahril Hamdan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker