Dakwa dihalang bertemu doktor, wanita keguguran bayi

Dakwa dihalang bertemu doktor, wanita keguguran bayi

Dakwa dihalang bertemu doktor ketika PKPD, wanita keguguran bayi dikandung 9 minggu
Minderjeet Kaur -July 15, 2021 4:30 PM
facebook sharing buttontwitter sharing buttonwhatsapp sharing buttonemail sharing button

Selepas dibenarkan pergi ke klinik, Putri Adzimah Ahmad dimaklumkan doktor bahawa anak dalam kandungannya sudah meninggal dunia. (Gambar AFP)
PETALING JAYA: Seorang ibu berusia 29 tahun mendakwa beliau kehilangan bayinya yang belum dilahirkan setelah polis menghalangnya meninggalkan rumah untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Putri Adzimah Ahmad dari Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur mendakwa, janji temunya dengan doktor dijadualkan pada 6 Julai, dan dia memaklumkan kepada polis bahawa telah mengalami pendarahan.

Setelah mengalami pendarahan selama tiga hari, Putri yang hamil sembilan minggu akhirnya dibenarkan pergi ke klinik biasa tetapi ketika itu, katanya, bayinya telah meninggal dunia.

“(Kejadian) ini berlaku pada 9 Julai, pada hari jadi saya, bayi saya mati dalam kandungan,” katanya.

Putri yang mengalami trauma akibat pengalaman mendukacitakan itu berkata, ia tidak sepatutnya terjadi.

“Saya sangat sedih. Saya mahu masyarakat tahu tentang kejadian ini untuk mencipta kesedaran, supaya tiada siapa dihalang mendapatkan rawatan kecemasan,” katanya kepada FMT.

“Saya harap tiada ibu lain yang kehilangan anak disebabkan PKPD (perintah kawalan pergerakan diperketat),” katanya.

Suaminya, Fitrie Abdul Majeed, 32, memberitahu FMT mereka telah membuat laporan polis di Sentul.

Katanya, isterinya dijadualkan menjalani pemeriksaan pada 6 Julai selepas imbasan pada 26 Jun mendapati Putri mengalami pendarahan.

Doktor menganggapnya sebagai kes berisiko tinggi kerana sebelum ini Putri pernah mengalami keguguran, tambahnya.

Pada 3 Julai, sekatan penuh bawah PKPD dikuatkuasakan di kawasan perumahan mereka di Bandar Baru Sentul.

Keesokan harinya, beliau pergi bertanya dengan polis Sentul dan dimaklumkan isterinya akan dibenarkan meninggalkan kawasan itu atas alasan perubatan.

Bagaimanapun, pada hari janji temu pada 6 Julai, polis melarang mereka keluar kerana ada SOP baharu dan menyuruhnya menghubungi pasukan perubatan bergerak.

Apabila pasukan berkenaan tiba tiga jam kemudian pada 3.30 petang, mereka memeriksa tekanan darah isterinya. Seorang doktor bertanya kepada pasangan itu sama ada ingin dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur, tetapi kemudian beritahu pasangan itu untuk tunggu sementara kes dirujuk ke pakar sakit puan.

“Pada 4.30 petang, kami diberitahu bahawa kes isteri saya adalah normal. Dia diberitahu untuk terus makan ubat dan hubungi 999 jika pendarahan menjadi serius,” katanya, sambil menambah, doktor tersebut memberi beberapa tablet dan mengeluarkan sijil cuti sakit.

Pada 9 Julai, Fitrie sekali lagi pergi berjumpa polis pada 2 petang untuk memaklumkan tentang keadaan isterinya. Kali ini, polis membenarkan beliau membawa isterinya ke klinik tetapi apabila mereka tiba, mereka diberitahu bahawa degupan jantung anak dalam kandungan tidak dapat dikesan.

Polis Sentul dalam kenyataan mengesahkan menerima aduan mengenai perkara itu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai, berkata, siasatan mendapati suami wanita berkenaan dinasihatkan untuk merujuk perkara itu kepada pegawai Kementerian Kesihatan yang bertugas di kawasan PKPD itu.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan tindakan sewajarnya akan diambil. FMT

Dakwa dihalang bertemu doktor, wanita keguguran bayi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bukalah hati, belanjalah kerajaan – Shahril Hamdan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker