Rodzi dilantik Ketua Pengarah Keselamatan MKN
PUTRAJAYA – Datuk Rodzi Md Saad dilantik sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang baharu berkuat kuasa pada Khamis.
Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, Rodzi telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 31 tahun dan berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk keselamatan dan pengurusan bencana.
Beliau berkata, sebelum ini, Rodzi berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan) MKN.
“Syabas dan tahniah atas pelantikan Rodzi sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Negara berkuat kuasa pada 15 Julai 2021.
“Dengan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki oleh Rodzi, saya yakin beliau mampu menerajui MKN dalam meneruskan legasi kecemerlangan pentadbiran dan pengurusan keselamatan dan bencana di Malaysia terutamanya menangani pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Rodzi, 57, berkelulusan ljazah Sarjana Muda Demografi dan Kajian Kependudukan (Kepujian) dari Universiti Malaya.
Pembiayaan politik dan bendera putih
Baca Artikel Menarik :
- Malaysia perlu contohi negara Asia Timur tangani krisis Covid-19
- Ekonomi Malaysia tidak bergerak sekiranya kelas bawahan masih ramai
- Jika Muhyiddin enggan letak jawatan, NGO akan turun berdemo
- Gelagat Lucu Jin Masuk Islam Ini Tarik Perhatian Netizen Bila ‘Ruqyah’ Wanita Dirasuk [VIDEO]
- NORA DANISH KELIRU NETIZEN BANDINGKANNYA DENGAN IFA RAZIAH [VIDEO]
- Resepi Mee Sizzling
Nazri kata tindakan ‘bocor’ mesyuarat MKT tepat demi kebenaran
You must be logged in to post a comment.