Menteri UMNO sokong Muhyiddin sedang lakukan kamikaze

Menteri UMNO sokong Muhyiddin sedang lakukan kamikaze

Ahli Jemaah Menteri Umno sokong Muhyiddin akan dihukum akar umbi, kata Puad

Jemaah Menteri daripada Umno sedang melakukan “kamikaze” politik selepas mengambil kira 95% ahli akar umbi parti itu menolak untuk kekal memberi sokongan terhadap Bersatu, termasuk presidennya yang juga Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Puad Zarkashi.

Puad berkata, kebiasaannya, ahli yang berani membelakangkan parti dianggap “the loosers” susulan keengganan menghormati kehendak akar umbi.

Jelasnya, menteri dan timbalan menteri Umno tidak sepatutnya membuat keputusan bertentangan dengan pendirian parti, yang pada minggu lalu, memutuskan menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

Malah, tegasnya keputusan itu sudah dipersetujui mereka dan perkembangan baharu itu mendedahkan sikap sebenar individu terbabit yang tidak mengutamakan parti.

“Mereka tidak boleh dakwa mengutamakan rakyat kerana pendirian Umno juga dibuat membela rakyat akibat kegagalan perdana menteri mengurus ekonomi dan pandemik.

“Lagipun, MKT Umno memutuskan Ahli Parlimennya boleh terus kekal dalam kerajaan PN (Perikatan Nasional) sehingga Parlimen memulakan sidang,” katanya kepada FMT.

Puad berkata, Umno sudah masak dengan perangai pemimpin yang tidak patuh dengan keputusan pimpinan dan bukan sesuatu yang pelik apabila wujud beberapa kem dalam parti itu.

“Akhirnya ahli akan menghukum mereka, kebiasaannya mereka yang membelakangkan parti adalah ‘the loosers’.

“Jika berani melakukan ‘kamikaze’ politik silakan, pokoknya, saya yakin hampir 95% ahli Umno menolak Bersatu dan menyokong Muhyiddin umpama menyokong Bersatu,” katanya.

Semalam, Jemaah Menteri sebulat suara kekal menyokong penuh kepimpinan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, di sebalik tindakan Umno menarik balik sokongan kepada beliau.

Khamis lalu, Umno memutuskan menamatkan sokongannya terhadap Muhyiddin dan mendesak beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri dengan segera atas tujuh “kegagalan”, termasuk pengurusan lemah kerajaan pimpinannya menangani pandemik Covid-19.

Keputusan MKT Umno itu, diumumkan presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi, setakat ini tidak memberi kesan kepada kedudukan ahli Jemaah Menteri parti itu, termasuk Ismail Sabri Yaakob, yang dilantik sebagai timbalan perdana menteri, minggu lalu. FMT

Menteri UMNO sokong Muhyiddin sedang lakukan kamikaze


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bukalah hati, belanjalah kerajaan – Shahril Hamdan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker