Juruteknik maut dalam nahas lima biji kenderaan

Juruteknik maut dalam nahas lima biji kenderaan

DUNGUN: Seorang juruteknik maut selepas kereta Proton Wira dipandunya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, depan loji memproses air di Kampung Air Hitam Bukit Bauk, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.15 pagi itu, mangsa Muhammad Firdaus Ali, 22, mati di lokasi kejadian akibat parah di bahagian kepala dan badan.



Kemalangan itu turut membabitkan sebuah lagi kereta Proton Pesona, lori dan dua buah motosikal.

Muhammad Firdaus yang berasal dari Bukit Payung, Marang dikatakan bertugas sebagai juruteknik sebuah syarikat perindustrian dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Teluk Kalong, Kemaman.

Kejadian itu dipercayai berlaku, apabila Proton Wira dipandu mangsa dipercayai terbabas ke laluan kanan di lokasi kejadian.

Berikutan kejadian itu, kereta mangsa dikatakan bertembung sebuah lori tiga tan yang dipandu lelaki berusia 41 bersama kelindannya berusia 25 tahun.



Kemalangan itu turut mengakibatkan sebuah Proton Pesona dan dua buah motosikal gagal mengelak dan turut terbabit dalam kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.

Beliau berkata, anggota Bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat Dungun dan Paka terpaksa dipanggil bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut, sementara kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital yang sama untuk menerima rawatan.



“Kes berkenaan disiasat di bawah seksyen 41 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. BH

Juruteknik maut dalam nahas lima biji kenderaan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Bukalah hati, belanjalah kerajaan – Shahril Hamdan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker