200 pemaju hartanah Turkiye ditangkap bina bangunan tidak ikut spesifikasi

ISTANBUL: Hampir 200 orang ditangkap kerana didakwa terlibat dalam pembinaan bangunan yang lemah dan tidak mengikuti spesifikasi seperti yang ditetapkan kerajaan Turkiye sehingga puluhan ribu bangunan ranap selepas gempa bumi dahsyat.

Kementerian Kehakiman Turkiye berkata, kira-kira 50,000 orang terbunuh di seluruh Turkiye dan Syria selepas gempa bumi melanda pada 6 Februari lalu.

Kementerian itu berkata, sebenarnya 626 orang menjadi suspek selepas bangunan runtuh sepenuhnya atau rosak teruk berikutan gempa bumi.



SEBAHAGIAN SUSPEK MAUT
Namun, sebahagian daripada suspek dilaporkan maut dalam gempa bumi itu manakala polis kini masih memburu yang lain.

Pada Sabtu lalu, Menteri Kehakiman Turkiye, Bekir Bozdag berkata, bukti sudah dikumpulkan dari beribu-ribu bangunan yang ranap.

Lebih daripada 5,700 bangunan di Turkiye runtuh, menurut agensi bencana negara itu dan timbul persoalan mengenai integriti struktur di beberapa kawasan di wilayah yang terjejas.

 



KERUNTUHAN PENKEK
Seorang profesor kejurute­raan gempa bumi di Universiti Bogazici di Istanbul, Mustafa Erdik berkata, perkara yang pa­ling dititikberatkan ialah jenis keruntuhan iaitu apa yang kita panggil keruntuhan penkek.

“Keruntuhan jenis ini adalah keruntuhan yang jurutera tidak suka melihatnya.

“Dalam keruntuhan seperti itu, sukar. Seperti yang anda lihat, ia sangat tragis untuk menyelamatkan nyawa. Ia menyukarkan operasi pasukan mencari dan menyelamat,” kata Mustafa.

Mustafa juga memberitahu CNN bahawa imej kemusnahan dan serpihan yang meluas me­nunjukkan bahawa terdapat kualiti reka bentuk dan pembinaan yang sangat berubah-ubah.



Beliau berkata, jenis kegagalan struktur berikutan gempa bumi biasanya adalah jenis keruntuhan separa.

“Jenis keruntuhan penkek adalah sesuatu yang anda sentiasa cuba elakkan dalam kod dan reka bentuk sebenar,” ujarnya.

Selepas kejadian bencana gempa bumi dahsyat sekitar 1999, kod binaan bangunan diperketatkan yang sepatutnya memastikan binaan moden dapat menahan gegaran besar.

Bagaimanapun, banyak ba­ngunan yang ranap di seluruh wilayah yang dilanda gempa bumi nampaknya baru dibina.



Penduduk dan pakar kini mempersoalkan jika kerajaan gagal mengambil langkah perlu untuk menguatkuasakan peraturan bangunan baharu di Turkiye.

TIDAK IKUT PIAWAIAN
Jurutera struktur dan pensyarah di University College London, Yasemin Didem Aktas memberitahu CNN bahawa walaupun ada bangunan mematuhi kod, namun, skala kerosakan akibat gempa bumi menunjukkan bahawa bangunan yang terlibat tidak memenuhi piawaian keselamatan.

“Apa yang kami lihat di sini pastinya ada sesuatu yang tidak kena dalam bangunan tersebut, dan boleh jadi ia tidak direka bentuk selaras dengan kod pada mulanya, atau pelaksanaannya tidak direka dengan betul,” kata Yasemin.

Beberapa pengkritik juga mempersoalkan kelulusan berkala kerajaan Turkiye yang dipanggil ‘pengampunan pembinaan’ iaitu pada dasarnya, pengecualian undang-undang dengan bayaran, memaafkan pemaju untuk membina projek tanpa keperluan keselamatan yang diperlukan.



Pengampunan itu direka bentuk untuk menghalalkan bangunan sub-standard lama yang sudah didirikan tanpa permit yang sepatutnya.
Mereka juga tidak memerlukan pembina bangunan yang mematuhi kod binaan yang ditetapkan

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat

Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya

Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker