Wanita maut dihempap 6 skrin karaoke
Wanita sambut hari jadi maut dihempap 6 skrin karaoke
Seorang wanita maut selepas dihempap enam skrin karaoke ketika sedang meraikan hari jadinya di sebuah kelab malam di bandar Sugut, barat Siberia, Rusia.
Dalam satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Kelab Gallery pada 2018, mangsa yang dikenali sebagai Tatiana Pokhorenko, 35, dilihat menari dipentas sempena meraikan hari jadinya bersama sekumpulan rakan sebelum dihempap skrin karaoke seberat hampir 200 kilogram.
Rakaman itu menunjukkan skrin yang dipasang pada struktur besi dan tergantung di siling sedang dinaikkan sebelum jatuh lebih tujuh meter ke lantai.
Kakitangan, rakan-rakan dan beberapa pengunjung kelab lain dilihat meluru ke arah Tatiana dan terus mengalihkan perancah yang menghempap tubuhnya yang sudah tidak bernyawa lagi.
DJ bertugas, David Skvortsov memberitahu media, dia sedang menaikkan skrin tersebut supaya pengunjung di tingkat satu juga dapat berkaraoke.
“Tapi tiba-tiba, skrin karaoke itu terjatuh dan membunuh wanita tersebut.”
Pemilik kelab malam itu, Semen Kopaigora mengaku bersalah menyebabkan kematian akibat kecuaian.
Dia bagaimanapun terlepas hukuman penjara dan awal minggu ini hukumannya digantung selama tiga tahun.
Difahamkan penguatkuasaan peraturan membabitkan keselamatan agak lemah di beberapa bahagian Rusia.
Tahun lalu, seorang budak lelaki berusia 11 tahun maut dihempap dinding konkrit seberat 2 tan yang tumbang ketika dia sedang bermain di taman permainan di Astrakhan. FMT
Wanita maut dihempap 6 skrin karaoke
Baca Artikel Menarik :
- Kes rogol Exco: Polis jumpa disyaki air mani, seluar dalam
- Kita mahu PM yang menyakinkan, bukan beli katak
- Macam sengaja cipta kesilapan untuk elak PRU
- Kaki sondol mata duitan, Fiza buat laporan polis
- Setiap hari ibarat hari terakhir dalam hidup, nyawa bergantung kepada mesin
- Resepi nasi ulam serunding ‘terangkat’
You must be logged in to post a comment.