Jackie Chan Mahu Sertai Parti Komunis China



Jackie Chan Mahu Sertai Parti Komunis China

BEIJING – Legenda filem aksi popular, Jackie Chan menyuarakan hasrat untuk menyertai Parti Komunis China sebagai membuktikan sokongannya kepada Beijing, lapor agensi berita South China Morning Post semalam.

Sejak 2013, pelakon dari Hong Kong itu berkhidmat sebagai ahli Persidangan Perundingan Politik Rakyat China iaitu badan yang memberikan maklum balas dan nasihat berkaitan isu utama.

“Saya dapat melihat kehebatan yang ditunjukkan oleh parti pemerintah.

“Mereka mengatakan bahawa mereka akan mengotakan apa yang dijanjikan dalam masa kurang dari 100 tahun, namun sebaliknya hanya mengambil masa beberapa puluh tahun.




“Saya ingin menjadi ahli parti (Parti Komunis China),” katanya seperti yang dipetik akhbar Global Times.

Chris Tucker and Jackie Chan in the 1998 zany action comedy movie Rush Hour. Photo: Handout

Jackie mendedahkan hasratnya dalam satu sesi simposium minggu lalu yang mengumpulkan penerbit-penerbit filem China untuk mendengar  pendapat mereka tentang ucapan Presiden Xi Jinping ketika sambutan ulang tahun ke-100 Parti Komunis China pada 1 Julai lepas.

“Ucapan Jackie menggambarkan pemahaman lebih objektif dan rasional dalam kalangan golongan elit Hong Kong terhadap parti pimpinan Jinping,” kata beberapa pakar. – AGENSI

Jackie Chan Mahu Sertai Parti Komunis China


Baca Artikel Menarik :




Layari Laman Facebook MYKMU

Tanya Khabar, Beritahu Anda Sayang Mereka…Pesan Henry Golding Pelakon Snake Eyes [VIDEO]

Pakcik Ini Selamba Tepuk Bahu Pelakon Ketika Shooting. “Haloh Saley Teh” [VIDEO]



Leave a Reply

Your email address will not be published.