Lelaki maut ditetak depan pusat hiburan

Lelaki maut ditetak depan pusat hiburan

Lelaki maut ditetak depan pusat hiburan
Foto hiasan

BINTULU: Seorang lelaki maut dipukul dan ditetak dalam satu insiden pergaduhan di hadapan sebuah pusat hiburan di sini jam 1 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali, berkata mangsa yang parah dihantar ke Bintulu Medical Centre sebelum dirujuk ke Hospital Bintulu bagi mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.

Beliau berkata polis menahan enam suspek lingkungan umur 40-an antara jam 3 hingga 4 pagi di kawasan sama.

Suspek akan ditahan rerman bagi membantu siasatan yang mana kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) bagi membantu siasatan.

Orang awam yang terlihat atau mempunyai maklumat berkaitan insiden boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu di talian 086-318304 atau tampil ke balai polis berdekatan.

Lelaki maut ditetak depan pusat hiburan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker