Tragis! Anak Dibiar Dipenuhi Najis, Kudis ‘Mereput’ Atas Sofa [VIDEO]

Tragis! Anak Dibiar Dipenuhi Najis, Kudis ‘Mereput’ Atas Sofa [VIDEO]

IBU dan bapa kepada seorang wanita kurang upaya yang mayatnya ditemui separuh bogel dan dipenuhi kudis beserta najis di ruang tamu didakwa atas kesalahan membunuh.

Menurut Dr Ewell Dewitt Bickham III, kejadian yang menyayat hati itu adalah perkara paling mengerikan yang pernah dilihatnya sepanjang hidup

“Ia tidak wajar seolah-olah sedang menonton filem seram.

“Ibu bapanya Sheila, 64, dan Clay Fletcher, 65, sepatutnya menjadi penjaga anak perempuan mereka, namun kedua-duanya didapati mengabaikan tanggungjawab selain tidak membawa mangsa berjumpa pakar sejak 20 tahun lalu,” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian susulan penemuan mayat mangsa yang dikenali Lacey Fletcher berbau sangat busuk.

Terdahulu, mangsa yang berusia 36 tahun dikatakan mengalami keadaan neurologi yang jarang berlaku yang dipanggil sindrom terkunci, menyebabkan dia tidak dapat menggerakkan ototnya.

Mayatnya ditemui di rumah keluarganya di Louisiana, Amerika Syarikat pada bulan Januari dengan separa telanjang, bercantum pada sofa dan diselaputi serangga serta cecair badannya sendiri.

Gambar-gambar ngeri menunjukkan perabot yang ditutupi najis dan Lacey berkemungkinan terkurung selama 12 tahun sehingga tubuhnya dipenuhi kudis kronik. – Metro.uk

VIDEO DIBAWAH:-

Tragis! Anak Dibiar Dipenuhi Najis, Kudis ‘Mereput’ Atas Sofa [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker