Ceroboh tanah di Raub modus operandi terancang MCA, DAP?

Sebaran :

Ceroboh tanah di Raub modus operandi terancang MCA, DAP?

SAYA tidak pasti jika anda perasan atau tidak, cuba bandingkan apa yang terjadi ketika kes pencerobohan tanah di Raub pada tahun 2020 dengan kes yang terjadi pada 2021.

Secara ringkasnya dalam kes tahun lalu, apabila pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pencerobohan tanah, penceroboh-penceroboh membuat provokasi dengan berdemo yang mana ADUN Tras (DAP) akan berada di barisan hadapan [1]. Tidak lama selepas itu, MCA tampil dengan penubuhan jawatankuasa khas bagi berunding dengan kerajaan negeri [2].

Akhirnya, para penceroboh mendapat penangguhan dari Mahkamah Rayuan agar tidak dihalau dan dapat kekal di tanah tersebut (sehingga suatu tarikh yang tidak diketahui) [3] walaupun mahkamah ada mengisytiharkan bahawa pencerobohan tersebut adalah satu kesalahan [4].

Nampaknya apa yang terjadi pada kes pada tahun 2021 di Hutan Simpan Batu Talam, Raub ini lebih kurang juga kronologinya. Wakil-wakil rakyat DAP buat provokasi [5], seterusnya MCA umum tubuh jawatankuasa untuk berunding dengan kerajaan negeri [6]. Exco kerajaan negeri Pahang pun dilaporkan memang pernah berjumpa MCA untuk berbincang [7].

Malah, watak-watak penting dalam kedua-dua kes ini pun adalah orang-orang yang sama. Di pihak DAP ialah YB Chow Yu Hui (ADUN Tras) manakala di pihak MCA pula ialah YB Senator Chong Sin Woon.

Dua sahaja kemungkinannya, sama ada memang DAP dan MCA berlumba-lumba untuk mengejar undi di Raub ataupun ini modus operandi terancang sesama mereka di belakang tabir. Boleh jadi ianya kedua-duanya sekali.

Namun, bezanya kali ini ialah pihak Jabatan Perhutanan Pahang mengambil langkah yang saya kira bijaksana, iaitu untuk menebang kesemua pokok durian yang ditanam secara haram itu. Mungkin dengan langkah ini, sukar untuk mereka usahakan ke arah ‘tidak dihalau’ atau ‘kekal’ seperti dalam kes tahun lalu kerana sudah tiada apa lagi yang tinggal untuk diratah.

Kita tunggu dan lihat apa yang terjadi selepas ini. Apakah rundingan akan berlaku?

Haji Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
12 Julai 2021

Ceroboh tanah di Raub modus operandi terancang MCA, DAP?

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya setuju tarik sokongan pada Muhyiddin tanpa tumbangkan kerajaan

 


Sebaran :

Leave a Reply