MCA patut pertahan dasar kerajaan bukan bantu penceroboh haram!

MCA patut pertahan dasar kerajaan bukan bantu penceroboh haram! Tidak cukup bergerak di sebalik tabir sebelum ini, kini MCA keluar dari ‘persembunyiannya’ untuk membela kepentingan penceroboh haram durian Musang King di Raub.

Parti yang menjadi sebahagian daripada Kerajaan Pusat itu mendakwa akan membantu kumpulan pekebun haram yang kononnya terjejas dengan tindakan kerajaan negeri Pahang menjalankan operasi memusnahkan pokok durian di Hutan Simpan Batu Talam.

Hasrat itu dinyatakan selepas pihak berkuasa mengambil alih tanah dan menjalankan operasi memusnahkan pokok durian Musang King yang ditanam secara haram di hutan simpan berkenaan.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon mendakwa, pihaknya akan berbincang dengan kerajaan negeri untuk membantu menyelesaikan masalah itu secara damai.

Dakwanya, MCA prihatin terhadap isu berkenaan, dan percaya jalan terbaik adalah dengan mengadakan rundingan antara kedua-dua pihak.

Mengulas perkara itu, Naib Pengerusi PEMBELA, Ustaz Masridzi Sat menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung MCA ini adalah satu lagi siri campur tangan parti politik yang menyambung perangai DAP.

Tegasnya, sebagai parti komponen yang berada di dalam kerajaan negeri ataupun Pusat, MCA seharusnya bergerak seiring mempertahankan dasar kerajaan, bahkan perlu berani menentang sikap DAP yang secara terang-terangan membela penceroboh serta menentang Kerajaan Pahang berhubung isu tersebut.

“Namun amat dikesali apabila MCA seolah bersembunyi di belakang tabir dan muncul bila DAP dah gagal membela penceroboh tanah kerajaan.

“Oleh itu, Kerajaan Pahang dan rakyat seluruhnya wajib serta mesti menolak dan menamatkan sandiwara mereka ini.

“Mereka boleh bersatu di belakang bila-bila masa jika nasib kaum mereka terancam atau terjejas walaupun dalam isu yang melanggar undang-undang negara,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Pada masa sama Ustaz Masridzi turut menggesa semua pihak menolak sebarang campur tangan kedua-dua parti itu atau lain-lain organisasi yang menyokong penceroboh tanah kerajaan ini.

“Banyak contoh dan bukti-bukti dalam isu yang menggugat serta mengancam nasib peribumi Melayu di negara kita, sejak dulu mereka didapati kuat bergabung dan berpakat sesama mereka serta bijak bermain kata-kata dan menipu bangsa kita.

“Justeru, parti-parti Melayu atau rakyat peribumi seluruhnya hendaklah menolak sandiwara yang dimainkan sama ada DAP, MCA atau apa-apa organisasi yang membela kepentingan penceroboh tanah kerajaan ini dan mesti berani menolak mereka dalam PRU15 nanti,” tegasnya.

MCA patut pertahan dasar kerajaan bukan bantu penceroboh haram!


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Zahid kata tarik sokongan bukan kerana UMNO mahu PRU-15 sekarang

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker