Wanita tikam teman lelaki ketika lakukan seks ada rekod dadah

Wanita tikam teman lelaki ketika lakukan seks ada rekod dadah

KOTA BHARU: Suspek wanita yang menikam teman lelakinya ketika dipaksa melakukan hubungan seks sebelum mayat mangsa ditemui di Dataran Lemang, Maniek Urai, Kuala Krai, pada Isnin lalu, dikesan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Ketua Polis Kelantan. Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata suspek berusia 28 tahun itu berasal dari Terengganu.



“Berdasarkan siasatan kami, suspek berasal dari Terengganu mempunyai satu rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.

“Suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula semalam sehingga 9 April ini,” katanya ketika dihubungi.

Semalam media melaporkan, mayat seorang lelaki ditemukan di hadapan tandas awam Dataran Lemang Manek Urai dekat Kuala Krai kelmarin, dengan tiga kesan tikaman pada perut, dipercayai dilakukan seorang wanita yang dipaksa melakukan seks oleh mangsa.

Dalam kejadian jam 6.30 petang Isnin lalu, siasatan awal mendapati, mangsa adalah lelaki tempatan berusia 45 tahun tetapi pemeriksaan di lokasi mayat ditemui tidak menemui sebarang kesan darah. BH



Wanita tikam teman lelaki ketika lakukan seks ada rekod dadah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tersebar foto mesra serta perbualan romantis Bella Astillah & Muaz Zabir



Afdlin Shauki akhirnya ‘tayang’ isteri

Kakak Safee Sali dedah adik pusing fakta dan bohong



Wanita tikam mati lelaki ketika lakukan seks



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker