Arab Saudi kini iktiraf Sinovac

Arab Saudi kini iktiraf Sinovac

Arab Saudi membenarkan individu yang menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Sinovac keluaran China, memasuki negara itu.

Mengumumkan perkembangan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata Arab Saudi menyenaraikan vaksin berkenaan sebagai antara yang diterima sebagai syarat kemasukan ke negara itu.

“Alhamdulillah, Arab Saudi menyenaraikan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke sana.

“Sampaikan (keputusan itu) kepada ahli keluarga yang telah menerima vaksin Sinovac dan berniat untuk tunaikan haji dan umrah akan datang.

“Sama-sama kita doakan urusan jemaah haji Malaysia yang diluluskan untuk menunaikan haji pada tahun ini, dipermudahkan Allah SWT,” katanya dalam kenyataan di Facebook, malam tadi.

Selain Sinovac, Arab Saudi turut menyenaraikan satu lagi vaksin COVID-19 buatan China iaitu Sinopharm.

Sebelum ini, Arab Saudi hanya menerima empat vaksin COVID-19 iaitu keluaran Pfizer BioNTech, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Moderna sahaja.

Ia adalah prasyarat wajib yang diputuskan kerajaan Arab Saudi bagi bakal jemaah yang berhasrat ke Tanah Suci. BH

Arab Saudi kini iktiraf Sinovac


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kita mahu PM yang menyakinkan, bukan beli katak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker