Resepi nasi ulam serunding ‘terangkat’
Resepi nasi ulam serunding ‘terangkat’
Bagi penggemar nasi ulam, resepi nasi ulam serunding perkongsian Chef Kamarul ini harus anda cuba. Rasa juadah yang diolah sedikit ini memang sedap. Memang puas hati.
BAHAN
3 cawan nasi putih
3 sudu besar serunding
1 cawan kelapa parut putih
1 sudu besar udang kering – cincang
3 ekor isi ikan – goreng dan buang tulang
2 sudu besar sambal belacan
2 ulas bawang merah – mayang
2 batang serai – hiris nipis
2 tangkai kacang panjang – hiris
3 helai limau purut – hiris
1 kuntum bunga kantan – cincang
2 sudu besar jus limau nipis
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit lada hitam
1 sudu besar minyak masak
BAHAN ULAM
3 tangkai daun selom – hiris halus
5 tangkai daun kesum – hiris halus
5 tangkai daun pegaga – hiris halus
1 helai daun kunyit – hiris halus
CARA
1.Panaskan minyak dan tumis udang kering sehingga wangi.
2.Masukkan sambal belacan dan diikuti dengan kelapa parut dan isi ikan. Goreng sehingga kuning keemasan.
3.Di dalam bekas yang besar, satukan nasi bersama hirisan bawang merah, kacang panjang, limau purut, bunga kantan dan bahan ulam. Gaulkan sehingga sebati.
4.Kemudian masukkan kelapa yang digoreng tadi, bersama dengan serunding. Gaul sebati.
5.Masukkan jus limau, garam, gula dan lada hitam secukup rasa. Gaul sehingga sebati. Sedia untuk dihidangkan.
Resepi oleh Chef Kamarul
Baca Artikel Menarik :
- Muhyiddin perlu contohi Pak Lah berundur secara terhormat – Ibrahim Ali
- Kita mahu PM yang menyakinkan, bukan beli katak
- Kuli Mahu UMNO berpisah dengan Bersatu
- Jangan terkinja-kinja dalam TikTok tetapi poket kosong – DSV
- Wanita pecah cermin van dakwa kereta dihimpit [VIDEO]
- Resepi Almond Nutella Cookies Rangup