Resepi Nasi Ayam Lebanon Sedap Memukau



Resepi Nasi Ayam Lebanon Sedap Memukau

Selalu dah makan nasi mandy, apa kata kita cuba masak lain sikit dari nasi mandy. Hari ini kita cuba masak nasi ayam Lebanon pulak.

Makanan Lebanon ni memang sedap dan tak susah pun nak masak dia. Apa lagi jom cuba.

RESEPI NASI AYAM LEBANON

Bahan²




2 cawan beras basmathi (basuh bersih dan rendam 30 minit- 1 jam)
2 1/2 cawan air
Rempah 4 sekawan
3 helai daun bay
1/2 sdb rempah beriyani
1/2 sdb rempah sumac
1 sdt serbuk ketumbar
1 sdt serbuk jintan manis
1 sdt serbuk jintan putih
2 batang akar pokok ketumbar
2 sdb plain yogurt
1- 2 sdt cuka
1 sdb mentega
2 sdb minyak sapi
Garam dan gula
Saffron/ pewarna kuning telur
Sedikit kismis dan gajus

Bahan² dihiris

2 labu bawang besar merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara²

1. Panaskan air dalam rice cooker hingga mendidih. Panaskan minyak sapi/mentega dlm periuk lain, tumis rempah 4 sekawan, daun bay dan bahan hiris hingga wangi.




2. Kemudian masukkan rempah² dan gaul sebati. Pastikan jgn hangus. Masukkan akar pokok ketumbar, kismis dan gajus. Gaul rata. Bila dh elok semuanya masukkan beras yg telah direndam selama 30 minit – 1 jam

3. Pastikan beras digoreng selama 10 minit atau hingga beras nampak garing.

4. Masukkan air, plain yogurt, cuka, garam dan gula. Masak nasi seperti biasa.

5. Jika nak masukkan cili besar merah dan hijau boleh dimasukkan ketika ini.

6. Bila nasi dah kering baru masukkan safron atau pewarna kuning dan juga 1- 2 sdb minyak sapi atas nasi.




7. Biarkan dalam 10 minit barulah digembur² kan nasi tu.

Resepi AYAM GRILL ALA² KENNY ROGERS

Bahan²

1 ekor Ayam

1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
4 sdb sos blackpepper
2 sdb serbuk lada hitam
2 sdb madu
1 kiub ayam
2 sdb gula perang
2 sdb oregano kering
Sedikit garam
100 ml air
2 sdb minyak zaitun




Cara²

1. Kisar kesemua bahan² di atas. Lumurkan bahan² kisar pada bahagian luar dan dalam ayam

2. Perap ayam selama 1-2 jam di dalam chiller.

3. Panggang ayam di dalam oven selama 1 jam dgn suhu 180c atau sehingga masak

Hidangkan ayam grill ala kenny roger
bersama Nasi Ayam Lebanon
Resepi oleh Rozmaliza Omar

Resepi Nasi Ayam Lebanon Sedap Memukau


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Kuey Teow Ladna Sempoi



Leave a Reply

Your email address will not be published.