Paranoia Idris PH kembali berkuasa

Paranoia Idris PH kembali berkuasa. Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad berpandangan Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad ibarat dalam keadaan paranoia apabila menyatakan Pakatan Harapan (PH) akan kembali berkuasa sekira­nya UMNO memilih untuk meninggalkan Perikatan Nasional (PN).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, Pas sepatutnya melihat perkara-perkara ke hadapan berbanding membangkitkan semula isu pertembungan kerusi memandangkan sudah ada prinsip jelas yang digariskan sebelum ini.

“PH hanya tinggal blok Anwar (PKR) dan juga blok DAP serta sedikit sokongan daripada Parti Amanah Negara (Amanah), jadi ibarat kata Naib Presiden Pas sendiri seperti ‘macam minta sisik ikan keli’ untuk PH memerintah negara sekali lagi.

“Saya tak rasa itu (PH berkuasa) boleh berlaku kerana apabila lepas Mesyuarat Majlis Ter­tinggi (MT) UMNO baru-baru ini sebenar­nya sudah jelas bahawa Anwar tidak lagi dalam perkiraan sebagai Perdana Menteri.

“Kita bayangkan (andaikan) bahawa Anwar ini tinggal de­ngan DAP sahaja, itu maksimum bilangan undi yang boleh sokong dia. Bila MT (UMNO) ulang kali tak sokong dan kerjasama de­ngan dia, ibarat sudah meletakkan satu penanda bahawa sukar untuk PH kembali berkuasa,” katanya di sini, semalam.

Idris yang juga bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang dalam laporan Mingguan Malaysia berkata, pertembungan tiga penjuru antara parti-parti dalam PN dengan pembangkang akan memberi peluang kepada PH berkuasa semula pada pilihan raya akan datang.

Katanya, bilik perang Pas mengunjurkan keadaan itu sekiranya UMNO memilih untuk meninggalkan PN yang akan mendorong kepada pertembungan UMNO, Pas, Bersatu atau PH.

Mengulas lanjut, Shahrir berkata, PH atau Anwar sendiri juga amat mustahil untuk mendapat sokongan kem Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) manakala Parti Warisan Sabah (Warisan) serta bebas termasuk Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) juga mungkin ikut pendirian Dr. Mahathir.

Selain itu, kata Shahrir, pertembungan tiga penjuru boleh dielakkan jika Pas mencontohi usaha yang dicapai Muafakat Nasional di Pahang antara parti itu dengan UMNO yang bersetuju untuk tidak meletakkan calon di kerusi yang dimenangi wakil parti-parti itu pada pilihan raya lalu.

“Pas perlu bertaut kepada prinsip, berdasarkan pencapaian lepas sudah jelas itu yang akan menjadi asas tapak untuk kita berunding (berkaitan kerusi). Kalau di kawasan dua-duanya kalah, UMNO di nombor dua (undi tertinggi), Pas kena sokong calon kita dan begitu juga sebaliknya,” katanya. – UTUSAN

Paranoia Idris PH kembali berkuasa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Rafizi, Syahredzan ‘perang’ di Twitter

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker