Annuar Musa kena kompaun RM2000 langgar sop

Annuar Musa kena kompaun RM2000 langgar sop

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dikompaun RM2,000 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan tindakan penguat kuasaan terbabit.



“Beliau (Annuar) dikompaun RM2,000 kerana melakukan kesalahan mengikut Peraturan 17, Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan Pelan Pemulihan Negara 2021,” katanya.

Sementara itu, Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan berasingan, mengesahkan menerima kompaun yang dikenakan itu.

“Berkaitan kunjungan Tan Sri Annuar Musa, ke Bait Badawi (kediaman Tun Abdullah Badawi) pada Sabtu lalu, beliau sudah menerima kompaun daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Beliau menjelaskan kompaun terbabit secepat mungkin,” katanya.



Terdahulu, Annuar memuat naik hantaran di Twitter berhubung ziarah dilakukan ke rumah Tun Abdullah.

“Hari ini kami suami isteri ambil peluang ziarah Tun Abdullah Badawi dan Tun Jeane Abdullah di kediaman mereka di Bait Badawi di Kuala Lumpur,”ciapnya.

Ciapan itu mengundang kecaman netizen dan memohon tindakan diambil oleh pihak berkuasa terhadap perbuatan itu kerana melanggar SOP PKP yang sedang berkuat kuasa. BH

Annuar Musa kena kompaun RM2000 langgar sop




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kita mahu PM yang menyakinkan, bukan beli katak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker