Elak pertembungan UMNO dengan Pas

Elak pertembungan UMNO dengan Pas. Pakatan Harapan (PH) tidak akan dapat berkuasa semula dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sekiranya UMNO dan Pas mencapai persefahaman untuk tidak bertembung di kawasan pengundi Melayu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Mas­lan berkata, meskipun Pas memilih untuk berada dalam Perikatan Nasional (PN), tetapi parti itu lebih awal bersama UMNO dalam Muafakat Nasional.

Menurut beliau, kesepakatan melalui Muafakat Nasional antara UMNO dalam Barisan Nasio­nal (BN) dengan Pas boleh memastikan parti-parti di bawah PH tidak akan berjaya untuk kembali menerajui pentadbiran negara atau negeri-negeri.



“Walaupun Pas kini sudah bersama PN, namun kebersamaan UMNO dan Pas adalah lebih awal dalam Muafakat Nasional iaitu ketika menempuh suasana sukar sebagai pembangkang melawan DAP, PKR, Bersatu, Amanah dan Warisan.

“Maka, kefahaman (kesepakatan) agar tidak bertembung antara parti itu dan UMNO di kawasan 50 hingga 65 peratus pe­ngundi Melayu adalah penting bagi memastikan kemenangan (dan mengelak PH menang),” katanya di sini, semalam.

Ahmad mengulas kenya­taan Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad yang menyatakan pertembungan tiga penjuru antara parti-parti dalam PN de­ngan pembangkang akan memberi peluang kepada PH berkuasa semula.

Idris memberitahu, ‘bilik perang’ parti itu telah membuat unjuran tersebut dengan mengambil kira keadaan seandainya UMNO memilih untuk meninggalkan PN.



Pada 14 September 2019, Pia­gam Muafakat Nasional yang dimeterai UMNO dan Pas antara lain bersetuju membentuk kerjasama dengan mengembangkan naratif Islam dan Melayu tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum serta kesejahteraan negara.

Piagam itu ditandatangani Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Pre­siden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Himpunan Penya­tuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC).

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, negeri-negeri lain juga wajar mencontohi semangat Muafakat Nasional yang utuh dan kuat seperti ditunjukkan di Selangor dan Pahang.

“Di Selangor dan Pahang, Muafakat Nasional adalah aktif. Diharap di negeri-negeri lain begitu juga kerana Muafakat Nasional adalah hasil gerakan akar umbi UMNO dan Pas di bawah penyatuan dua parti Melayu Islam di negara ini,” katanya.



Malah, beliau turut berharap MCA dan MIC juga bersama-­sama menggalas tugas besar untuk mengembalikan sokongan pengundi Cina dan India kepada BN yang secara tidak langsung menguatkan lagi semangat Muafakat Nasional. – UTUSAN

Elak pertembungan UMNO dengan Pas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Rafizi, Syahredzan ‘perang’ di Twitter



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker