Pelakon Siri Netflix Sex/Life, Sarah Dan Adam Demos Jatuh Cinta Pandang Pertama Di Set Penggambaran

Pelakon Siri Netflix Sex/Life, Sarah Dan Adam Demos Jatuh Cinta Pandang Pertama Di Set Penggambaran

KEDUA-DUA pelakon utama drama siri terbaharu terbitan Netflix, Sex/Life iaitu Sarah Shahi dan Adam Demos dikatakan sedang hangat bercinta.

Sarah, 41, mengakui dia jatuh cinta dengan Adam, 36, ketika kali pertama dipertemukan di set penggambaran pada Ogos tahun lalu.

“Ketika pertama kali saya berjumpa Adam, hati saya dah terpaut pada dia. Kami cepat serasi dan minat jenis muzik yang sama.

“Kemudian kami berlakon sama-sama dalam siri ini dan ia merupakan satu kelebihan buat kami. Adam memberikan aksi lakonan cemerlang dalam drama ini, ” kata Sarah.

Sex/Life menjadi antara drama trending di Netflix termasuk dalam kalangan penonton Malaysia sejak ia mula ditayangkan pada 25 Jun lalu.

Drama tersebut mengisahkan tentang seorang wanita, Billie yang sering membayangkan tentang bekas teman lelakinya, Brad biarpun kini hidup ‘bahagia’ bersama suami, Cooper.

Sex/Life merupakan drama adaptasi novel tulisan BB Easton yang berjudul 44 Chapters About 4 Men.

Drama tersebut diklasifikasikan untuk tontonan 18 tahun dan ke atas sahaja kerana terdapat banyak adegan seks keterlaluan dalam siri berkenaan. – People

Pelakon Siri Netflix Sex/Life, Sarah Dan Adam Demos Jatuh Cinta Pandang Pertama Di Set Penggambaran


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pelakon Utama LUPIN Ciap Di Twitter Untuk Siri Netflix- ‘Lawak La Korang’- Upin Ipin Puncanya

[VIDEO] Fantasi angkasa lepas Song Joong-ki Dalam Space Sweepers Terbitan Netflix

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker