Resepi Bihun Goreng Singapura Meletup

Resepi Bihun Goreng Singapura Meletup

Masa Penyediaan: 20 minit,
Masa Memasak:15 minit,
Jumlah Hidangan:6 orang

Resepi Bihun Goreng Singapura yang tidak asing lagi didalam menu atau hidangan masyarakat Malaysia. Tak pasti pula bagaimana masakan ini mendapat nama begitu dan apa kaitannya dengan Singapura, tetapi rasanya memang sedap jika digabungkan dengan seafood yang segar seperti udang dan sotong. Warnanya yang putih kerana tidak dimasukkan kicap mahupun cili kisar. Sebaliknya rasa pedas datang dari lada hitam dan lada sulah dan dihidangkan pula bersama cili kicap sebagai bahan pelengkapnya.

Bahan-Bahan:
1 bungkus bihun (400g)
sedikit minyak, untuk menumis
1 mangkuk kecil isi udang
1 mangkuk kecil isi ayam, potong dadu
3 batang fish cake, potong dadu
1 kiub ikan bilis
2 biji telur
kobis, cincang kasar
karot, potong mancis
sawi
taugeh
lada sulah (jika suka)
garan dan gula secukup rasa
bawang goreng dan daun bawang untuk hiasan
Bahan-bahan tumbuk halus:
5-6 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar lada hitam
Cara Penyediaan:
Rendam atau celur bihun sehingga lembut. Tapis dan ketepikan.
Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk halus sehingga kekuningan dan naik bau.
Masukkan isi udang, isi ayam dan fish cake.
Masukkan pula kiub ikan bilis dan pecahkan telur. Kacau seketika.
Masukkan bihun dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan sayur-sayuran seperti karot, kobis, sawi dan teruskan kacau sehingga bihun lembut dan sebati.
Tabur sedikit lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Taugeh ditambah pada saat akhir supaya tidak terlalu layu.
Angkat dan hiaskan dengan taburan bawang goreng dan daun bawang. Hidangkan bersama sambal kicap dan telur dadar
Tips:
Jika bihun masih keras ketika digoreng, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga bihun menjadi lembut. Jangan terlebih masukkan air kerana bihun akan menjadi lembik.

Resepi Che Nom

Resepi Bihun Goreng Singapura Meletup


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi kari hijau Thai padu

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker