Lelaki mati tergantung di rumah akibat kemurungan

Lelaki mati tergantung di rumah akibat kemurungan

Seorang lelaki berusia 58 tahun ditemui mati tergantung oleh isterinya di sebuah rumah di Taman Putra, Ampang, Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 2 petang menerusi panggilan MERS 999 daripada orang awam.



Katanya, siasatan awal mendapati lokasi kejadian merupakan sebuah rumah teres dua tingkat yang dihuni lelaki berkenaan yang juga seorang peniaga, isteri dan anak perempuan bongsu yang berumur 26 tahun.

“Kira-kira 1.45 petang semalam, isteri si mati tiba di rumah selepas pulang membeli barangan keperluan telah menjumpai si mati.

“Menurut keluarga, si mati mengalami kemurungan dipercayai akibat syarikatnya mengalami masalah kewangan yang teruk semenjak PKP dilaksanakan dan terpaksa di tutup pengoperasiannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Farouk berkata, pemeriksaan di tempat kejadian dan pada tubuh badan mayat lelaki itu tidak menjumpai sebarang unsur jenayah.



Katanya, mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat dan ujian swab Covid-19 bagi mengenal pasti punca kematian.

“Kes telah diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR). Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Individu yang mempunyai masalah boleh menghubungi sukarelawan terlatih di Befrienders menerusi talian 03-79568145/8144 pada bila-bila masa, atau melalui e-mel. FMT

Lelaki mati tergantung di rumah akibat kemurungan




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Musang King, D24 pada harga 77 sen anjuran FAMA-Shopee



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker