Euro2020 : England dirancang untuk jadi juara

Euro2020 : England dirancang untuk jadi juara

MADRID: Program televisyen popular Sepanyol mendakwa Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) ‘memudahkan’ Kejuaraan Eropah 2020 buat England.

Malah, menegaskan sepakan penalti yang membawa The Three Lions ke final ketika menentang Denmark sebagai salah satu tindakan berat sebelah.

Anak buah Gareth Southgate akan menentang Itali di Wembley, Isnin ini apabila menundukkan Denmark 2-1 pada masa tambahan dengan Itali mengesahkan tiket ke final selepas menyingkirkan Sepanyol.

England hanya beraksi di luar dalam satu perlawanan sahaja dan program yang dikenali sebagai El Chiringuito itu percaya keputusan untuk memberikan sepakan penalti ke atas England adalah tidak wajar.

Tetamu pada program itu iaitu wartawan, Roberto Morales turut menyatakan kejohanan itu tidak seharusnya berlangsung di England kerana Brexit.

Pengacara El Chiringuito, Josep Pedrerol yang menjadi tular apabila menyelar tindakan Eden Hazard yang ketawa selepas Real Madrid tersingkir di tangan Chelsea pada separuh akhir Liga Juara-Juara bertanya Morales ‘anda rasa UEFA anjurkan ini supaya England dapat ke final?’

Wartawan itu membalas ‘bagi saya, ini adalah pertandingan yang paling memalukan yang pernah kami buat liputan. Ia sangat menyedihkan.

“Ada perlawanan yang berlangsung di bandar yang bukan dianggap Eropah. Kita ada final yang disediakan untuk negara yang meninggalkan Kesatuan Eropah (EU).’

“Ia bagaikan sudah dirancang kerana mereka beraksi di laman sendiri dalam semua kecuali satu perlawanan. Ia memang dibentuk untuk England.

“Kita dapat lihat dengan pertolongan menerusi sepakan penalti dalam perlawanan yang terbukti merumitkan,” katanya. BH

Euro2020 : England dirancang untuk jadi juara


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

 

 


MP UMNO sokong Muhyiddin tanggung akibatnya nanti

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker