Benarkah Kerajaan Malaysia Gagal ?

Benarkah Kerajaan Malaysia Gagal? Label KERAJAAN GAGAL ini ialah label hitam yang disebut berulang ulang sehingga seperti mutlak benar.

Mungkin ya benar tetapi menganggapnya BENAR MUTLAK itu nanti dulu. Kaedah ni pernah penasihat psikologi Hitler pakai dulu.

Cuba teliti benar tak benarnya kerajaan Malaysia gagal.

Kalau kita tengok kadar kematian paling buruk WHO kata ialah USA, India dan Brazil, bukan Malaysia. Bukan yang paling buruk. Ya Malaysia pernah berada ranking tinggi dari segi kadar gandaan jangkitan tetapi bukan sepanjang COVID-19. Biasalah turun naik. Mahasiswa di Universiti pun ada yang GPA Semester jatuh tapi ada Semester naik balik. Yang penting CGPA, bukan GPA. Kalau dapat setiap Sem Dean’s list tu baguslah, alhamdulillah.

Kalau label gagal kerana tindakan flip flop, maksudnya sekejap buka sekejap tutup negara, Jepun Korea, Singapura pun macam tu. Bukan Malaysia seorang. Maklumlah semuanya tak pernah alami serangan COVID-19. Semua trial and error. Kalau yang lain pun jadi PM sepanjang setahun setengah yang lalu keadaannya tentu sama kerana penasihat dan penganalisisnya sama iaitu pegawai kerajaan atau perunding profesional dalam bidang kesihatan, keselamatan, sosial, statistik dan lain lain. Sama orangnya atau teamnya. Bukan orang politik.

Label KERAJAAN GAGAL kerana ekonomi jatuh sebagai impak COVID-19 semua negara pun sama. Seluruh dunia sama. World Bank melapurkan Dunia menjunam ke arah resesi. Bukan ‘peculiar’ kepada Kerajaan Perikatan Nasional saja. Semua kerajaan seluruh dunia macam itu.

Jadi secara TENTATIF saya katakan KERAJAAN GAGAL adalah label hitam bukan BENAR MUTLAK/absolute truth. Dia adalah mutlak sebagai label propaganda politik yang dicipta, dipentaskan (stage-managed) dan disebar sebagai MUTLAK BENAR. Adakah saya menafikan kita semua susah? Tak! saya tak nafikan. Salah baca tu!

Tak mengapalah jika kerajaan semasa jatuh, tapi tiada jaminan mutlak jika ada pengganti mereka nanti terjamin Kerajaan Berjaya. Jika ada jaya mereka juga terhutang budi kepada kerajaan PN dan yang terdahulu kerana telah melalui trial and error yang tak payah lagi diulang lalui oleh kerajaan baru. Alhamdulillah jika berjaya, bagaimana kalau mereka angkuh lalu ‘reinvent new wheel’ dan tolak pembelajaran trial and error kerana fakta diperolehi dari Kerajaan PN, lalu Malaysia terus hancur?

Agaknya semua rakyat sudah seiya dan sekata sanggup berkata “biar hancur tak apa yang penting PN mesti dijatuhkan. Kalau hancur pun hati puas. Kerajaan dominan Melayu memang sah pasti gagal urus Negara. Jangan ulang kesalahan ini”. Tapi kalau ada yang mengaku ada tangan MAJIS boleh selesaikan semua ini dari mula dulu, pada saya itu semua tahyul. Saya pun tak ajak kawan kawan mempercayai saya.

Saya tahu catatan tengah malam saya ini tak popular, termasuk di kalangan sahabat karib, tapi tak mengapalah. Saya gagahkan juga, sebab saya ada alam hari kemudian.

WA KULLUKUM MASULUN.

NORDIN KARDI
Naib Canselor University Sultan Azlan Shah, Perak.

Benarkah Kerajaan Malaysia Gagal?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Hanya dua cara PM baharu boleh dilantik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker