Pejuang hanya tanding kawasan selamat – Mahathir

Pejuang hanya tanding kawasan selamat – Mahathir

Pejuang sasar tanding kawasan boleh menang, kata Dr M

Pejuang akan meletakkan ramai calon bertanding di seluruh negara pada pilihan raya umum akan datang dan menyasarkan kerusi yang diyakini mampu memberikan kemenangan, kata Dr Mahathir Mohamad.



Pengerusi Pejuang itu berkata, parti itu juga bersedia meletakkan calon di kerusi Parlimen Langkawi yang kini diwakilinya.

“Ya, kita akan letak calon bertanding di Langkawi. Pejuang akan bertanding di semua kawasan yang ada peluang (menang).

“Kita sedang kaji kawasan itu dan jika rakyat bagi sokongan, kita janji bagi perkhidmatan untuk rakyat.

“Keputusan itu bagi memastikan Pejuang mempunyai landasan untuk terus membantu rakyat negara ini,” katanya menurut laporan Berita Harian.



Beliau berkata demikian pada sidang media di pusat pemberian vaksin (PPV) Dewan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Kampung Teluk Berembang, Pulau Tuba, di Langkawi, hari ini.

Dalam pada itu, ditanya sama ada beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada pilihan raya umum akan datang, Mahathir berkata, keputusan mempertahankan atau tidak bergantung kepada tahap kesihatannya.

“Saya hari ini sihat, esok tak sihat mana kita tau? Bagaimanapun, apa juga yang boleh saya lakukan untuk tolong orang Langkawi, saya akan buat,” katanya.

Pejuang secara rasminya didaftarkan sebagai parti politik 8 Julai lalu dan kelulusan pendaftarannya diberikan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).



Ketika ini, parti itu mempunyai empat Ahli Parlimen dan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). FMT

Pejuang hanya tanding kawasan selamat – Mahathir


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Musang King, D24 pada harga 77 sen anjuran FAMA-Shopee

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker