Azmin kena kecam di FB Menteri Austria
Azmin kena kecam di FB Menteri Austria
Netizen lepas geram pada Azmin di laman FB menteri Austria
Netizen Malaysia melepaskan rasa geram terhadap cara Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali menangani wabak Covid-19 pada laman media sosial Menteri Hal Ehwal Digital dan Ekonomi Austria, Margarete Schramböck.
Ini selepas ciri komen platform media sosial Azmin ditutup di tengah-tengah komen kemarahan yang berterusan.
Ini menarik perhatian bekas perdana menteri Najib Razak yang menulis di Facebook.
“Min, rakyat suruh kamu tutup kilang. Bukan tutup ruang komen,” katanya.
Hantaran Schramböck dalam bahasa Jerman di laman Facebooknya mengenai pertemuan bersama Azmin mendapat lebih 6,700 komen, kebanyakannya netizen Malaysia.
“Tuan Yang Terutama Dr Margerete Schramböck, kami ingin memperdagangkan Azmin Ali dengan apa sahaja yang sesuai dengan anda, sebuku roti … sebiji batu, tidak menjadi masalah. Kami akan mengambil apa sahaja untuk dia terus tinggal di sana. Harap pertimbangkan perdagangan ini, terima kasih,” kata seorang pengguna Facebook.
Yang lain meminta maaf kerana “mengganggu” Schramböck tetapi menyatakan mereka tidak dapat memberi komen di laman Facebook Azmin.
“Kerana dia jumlah kes Covid-19 di sini meningkat dengan tidak terkawal,” kata pengguna lain.
Azmin kemudian menyiarkan hantaran mengenai pertemuan yang sama di laman Facebooknya yang membolehkan pengguna memberi komen.
Walau bagaimanapun, komen masih tidak dibenarkan pada hantaran sebelumnya.
“Saya mengadakan pertemuan dua hala yang produktif dengan Tuan Yang Terutama Dr Margerete Schramböck, Menteri Persekutuan untuk Hal Ehwal Digital dan Ekonomi Austria.
“Kami bersetuju mengenai kepentingan utama untuk terus memperkukuhkan hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala yang kuat antara Malaysia dan Austria,” kata Azmin pada laman Facebooknya.
Hantaran itu menerima lebih dari 1,900 komen, yang kebanyakannya aduan mengenai cara Azmin mengendalikan wabak Covid-19.
Kemarahan netizen semakin ‘meluap-luap’ apabila kes Covid-19 terus meningkat walaupun dengan pelaksanaan PKP penuh.
Kes baru Covid-29 semalam memecah rekod jangkitan tertinggi dengan 9,180 kes, lebih 4,000 kes di Selangor.
Pun begitu, kerajaan telah mula membenarkan kompleks beli-belah dibuka semula.
Isetan dan Sogo antara kompleks beli-belah yang mengumumkan pembukaan semula mulai semalam. Mk
Azmin kena kecam di FB Menteri Austria
Baca Artikel Menarik :
- Musuh Umno suka potong ayat dan reka cerita
- Najib pertahankan 3 menteri UMNO dari dipersalahkan PAS, wabak memburuk salah Muhyiddin
- SUA BN nafikan surat sokongan kepada Muhyiddin
- Lelaki Berisiko Mati Pucuk Jika Di Jangkiti Covid-19
- Resepi kari hijau Thai padu
- Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Pun Order Barang Dari Shoppe
You must be logged in to post a comment.