Tak sangka mayat berselimut putih di atas jalan, adik sendiri

Tak sangka mayat berselimut putih di atas jalan, adik sendiri

KUALA TERENGGANU: Abang tidak menyangka mayat berselimut kain putih di tengah jalan adalah adiknya

yang meninggal dunia selepas terbabit kemalangan di Jalan Sultan Mahmud, di sini, berhampiran Kompleks



Rawatan Harian Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), malam tadi.

Dalam kejadian 12.50 tengah malam itu, Muhammad Hairie Fitri Mohd Husaini, 20, dalam perjalanan ke HSNZ yang berhampiran dengan lokasi kejadian.

Katanya, dia ke hospital untuk melihat ibu bapanya yang masing-masing dirawat di wad kerana kanser usus dan potong kaki akibat kencing manis (bapa).

“Disebabkan jalan ke hospital ditutup sebab ada kemalangan, saya berpatah balik dan melalui jalan Pantai Batu Buruk serta singgah di rumah rakan sebelum dimaklumkan adik kemalangan di jalan berkenaan.



“Sebelum itu, ketika sedang bekerja di pusat penjagaan kuda di Lembah Bidong, Setiu, saya menerima panggilan daripada rakan meminta segera pulang tanpa diberitahu kenapa.

“Saya menyangka ia ada kaitan dengan ayah atau ibu, tetapi tidak sangka pula rupanya adik yang meninggal dunia dalam kemalangan itu,” katanya.

Mangsa, Muhammad Araf Farhin, 16, pelajar GIATMARA Telemong, Hulu Terengganu maut di lokasi kejadian selepas motosikal ditunggang melanggar belakang kenderaan utiliti sukan (SUV).

Anak kedua daripada tiga beradik itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Panji Alam, di sini, selepas keluar minum bersama beberapa rakan.



Rakannya, Muhammad Rusdi Rashid, 16, berkata, dia bersama arwah keluar rumah jam 10 malam untuk minum bersama beberapa lagi rakan dan ketika perjalanan pulang, arwah didakwa mengekori rapat kenderaan berkenaan.

“Arwah gagal mengelak dan melanggar belakang kanan SUV itu sebelum tercampak manakala saya yang menunggang motosikal di belakang arwah juga terjatuh selepas terlanggar motosikalnya,” katanya yang cedera ringan.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik HSNZ untuk bedah siasat. BH

Tak sangka mayat berselimut putih di atas jalan, adik sendiri



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai



Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]

Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu



Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker