Bayi lapan bulan individu termuda disuntik vaksin Pfizer

Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan menjadi individu termuda disuntik vaksin COVID-19.

Menurut laporan portal berita Syracuse.com, Vincenzo “Enzo” Mincolla menerima dos kedua vaksin Pfizer-BioNTech di Universiti Upstate Medical, New York, Amerika Syarikat pada Rabu lepas.

Hospital berkenaan antara empat pusat di negara itu yang sedang menjalani ujian vaksin Pfizer ke atas kanak-kanak berusia bawah lima tahun.

Amerika Syarikat merupakan satu-satunya negara di dunia yang sedang menjalani ujian seperti ini.

Rabu lepas, kerajaan Amerika Syarikat meluluskan penggunaan vaksin Pfizer ke atas kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas.

Enzo merupakan antara 16 bayi yang mengambil bahagian dalam ujian klinikal melibatkan bayi dan kanak-kanak berusia antara enam bulan dan dua tahun.

Dia menerima dos pertama vaksin berkenaan tiga minggu lalu, iaitu sebelum mencapai usia lapan bulan.

Pakar pediatrik penyakit berjangkit, Dr Joseph Domashowske yang mengetuai ujian klinikal tersebut mengesahkan Enzo adalah penerima vaksin termuda di dunia.

Selain Enzo, terdapat lima lagi bayi lain menyertai ujian berkenaan.

Namun kata Domashowske, Pfizer telah menghentikan ujian tersebut buat sementara bagi menentukan dos vaksin sebenar yang harus diberi kepada bayi.

“Perkara yang membimbangkan kami ketika ini adalah kemungkinan dos yang diberikan adalah terlalu rendah.

“Ini kerana kesemua bayi yang menyertai ujian klinikal tersebut tidak menunjukkan sebarang kesan sampingan,” katanya kepada portal berita New York Post.

Wanita terima enam dos vaksin Pfizer sekali gus

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker