Ismail Sabri sebagai TPM dilandasan yang tepat

Ismail Sabri sebagai TPM dilandasan yang tepat. Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu diharap dapat membawa kelegaan dan kestabilan politik ketika negara masih memerangi pandemik Co­vid-19.

Malah, pelantikan Ismail Sabri yang dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam dilihat dapat meredakan ketega­ngan dalam Perikatan Nasional (PN) ketika UMNO me­ngancam untuk menarik soko­ngan terhadap kerajaan sekarang.

Ismail Sabri yang pe­lanti­kan­nya berkuat kuasa serta-mer­ta kekal memegang portfolio Men­teri Pertahanan, malah akan di­bantu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri dan menge­tuai Kluster Ke­­selamatan.

Hishammuddin juga akan mem­bantu Perdana Menteri dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Dalam kenyataannya, Ismail Sabri berkata, ini merupakan amanah yang perlu digalas dengan ikhlas dan jujur demi kestabilan politik, ekonomi dan kemakmuran negara.

“Lantikan ini bukanlah satu keistimewaan, sebaliknya adalah amanah dan tanggungjawab yang berat khususnya ketika kita menghadapi pandemik Covid-19 dan dalam usaha menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Doa saya semoga kita semua tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik dapat bersama-sama membawa Malaysia mencapai masa depan yang lebih cemerlang. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri atas kepercayaan ini. Saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah di atas pelantikan saya sebagai Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Dalam pada itu, pelantikan Ismail Sabri dilihat mampu menstabilkan kemelut politik dalam UMNO yang sebelum ini turut menjejaskan keutuhan kedudukan kerajaan.

Ia juga menangkis tuduhan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengetepikan kedudukan UMNO selaku komponen terbesar kerajaan, sekali gus meredakan kemarahan sesetengah ahli dan pemimpin parti itu.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, pelantikan Ismail Sabri itu tidak seharusnya dipersoalkan mana-mana pihak kerana ia berada dalam prerogatif Perdana Menteri, apatah lagi diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Arah menteri Umno letak jawatan dulu – MIC

“Kedudukan Ismail Sabri sebagai pemimpin UMNO paling kanan dalam Kabinet, iaitu selaku Naib Presi­den UMNO dan Menteri Kanan, mewajarkan beliau dilantik ke jawatan itu.

“Dari segi merit juga, Ismail Sabri tidak mempunyai masalah kerana beliau berkelulusan undang-undang selain merupakan antara pemimpin paling cemerlang dan menonjol dalam usaha memerangi Co­vid-19 apabila hampir setiap hari membuat pengumuman mengenai keadaan terkini negara,” katanya di sini semalam.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, pemilihan Ismail Sabri adalah pilihan tepat bagi meredakan ketegangan politik melibatkan parti-parti yang bergabung membentuk kerajaan PN.

Beliau mengharapkan pelantikan itu membawa kebaikan kepada perpaduan kerajaan.

“Beliau seorang yang berpengalaman dalam bidang politik daripada muda sampai sekarang,” katanya di sini.

Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menyifatkan Ismail Sabri dan Hishammuddin memiliki kepakaran dan pengetahuan luas yang memberi manfaat kepada rak­yat serta negara, khususnya ke­tika berdepan waktu sukar akibat pandemik Covid-19.

Katanya, pelantikan itu diharap bukan sahaja dapat menguatkan pentadbiran kerajaan, tetapi dapat merancakkan lagi usaha memerangi wabak dan memulihkan semula negara.

Dalam pada itu, Ketua Pene­rangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, pelantikan itu mampu meningkatkan lagi keupayaan kerajaan menghadapi pandemik Covid-19.

“Saya yakin rakyat menyo­kong pengumuman oleh Pe­ja­bat Perdana Menteri, bahawa pe­lantikan ini seharusnya mem­perkukuh perpaduan da­lam kalangan parti-parti yang mem­bentuk kerajaan,” katanya.

Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) turut menyokong pelantikan Ismail Sabri dan Hishammuddin.

Menurut Pengerusinya, Datuk Seri Shahidan Kassim, beliau berharap lantikan itu dapat menyatupadukan UMNO dan Bersatu dalam gabungan PN.

“Saya menyeru semua pihak kembali bersatu dan saya ingin menyatakan UMNO hendaklah mengikis segala perbezaan pendapat, hendaklah kita menyantuni pada keputusan yang sudah dibuat,” katanya ketika dihubungi di sini.

Dalam pada itu, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) melihat lantikan Ismail Sabri akan membantu menstabilkan se­mula politik di negara ini.

Presiden STAR, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, berdasarkan rekod pencapaian Ismail Sabri sebelum ini yang memegang beberapa portfolio penting dalam kerajaan akan membantu meringankan bebanan tugas Muhyid­din

Ismail Sabri sebagai TPM dilandasan yang tepat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Armand sahkan Ismail Sabri dapat restu Zahid

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker