COVID-19: Indonesia semakin tenat, bekalan oksigen tidak mencukupi — MYKMU.NET

COVID-19: Indonesia semakin tenat, bekalan oksigen tidak mencukupi



COVID-19: Indonesia semakin tenat, bekalan oksigen tidak mencukupi

JAKARTA: Indonesia kini sedang bergelut dengan penularan COVID-19 yang semakin meningkat.

Lebih memburukkan keadaan adalah bekalan oksigen yang tidak mencukupi.

Pada Rabu, 1,040 kes kematian baharu COVID-19 direkodkan, jumlah tertinggi yang direkodkan negara itu sejak bermulanya penularan pandemik.

Hospital-hospital di negara itu juga berada pada tahap kritikal dengan bekalan oksigen yang semakin berkurangan menyebabkan pesakit yang disahkan positif perlu dibawa pulang.

Daripada jumlah 369 kematian yang direkodkan Sabtu lalu, 45 dilaporkan meninggal dunia di rumah.




Secara keseluruhannya, Indonesia dengan populasi keempat tertinggi di dunia melaporkan hampir 2.4 juta kes jangkitan dengan lebih 63,000 kematian.

Malah jumlah itu juga dilaporkan bukan jumlah sebenar memandangkan jumlah saringan yang kurang.

Hujung minggu lalu, 33 pesakit dengan keadaan tenat akibat COVID-19 meninggal dunia selepas bekalan cecair oksigen lambat tiba di sebuah hospital di Jogyakarta.-Awani

COVID-19: Indonesia semakin tenat, bekalan oksigen tidak mencukupi

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU



 


 

Terpedaya sindiket ‘parcel scam’, pelajar sekolah terpedaya

 



Leave a Reply

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: