Dirogol, ditikam 30 kali dan dikelar

Dirogol, ditikam 30 kali dan dikelar

Cape Town: Seorang wanita diseksa dengan kejam apabila dirogol, ditikam 30 kali di perut serta lehernya dikelar 16 kali namun siapa sangka, dia kini masih hidup.

Portal Dailystar melaporkan Alison Botha berusia 27 tahun ketika kejadian menimpanya itu pada 1994.



Ketika kejadian, dia diculik dua penjenayah apabila seorang lelaki dengan pisau menyerbu kenderaannya ketika dia berada di parkir di rumahnya di Port Elizabeth, Afrika Selatan.

Penjenayah itu memandu kereta dengan Botha duduk di sebelahnya, sebelum dia mengambil seorang lagi rakan jenayah.

Suspek dikenali sebagai Frans du Toit dan Theuns Kruger membawa wanita yang ketakutan itu ke kawasan sunyi di luar kota.

Bermulalah penderitaan Botha apabila diperkosa dengan kejam dan lehernya dikelar.



“Saya menyedari hidup saya terlalu berharga untuk dilepaskan dan ia memberi saya keberanian untuk bertahan,” katanya ketika menceritakan kembali detik hitam itu.

Selepas kedua-dua lelaki itu memperkosanya, mereka memutuskan untuk membunuh wanita malang itu.

Du Toit dan Kruger yang mempunyai sejarah keganasan terhadap wanita kecewa kerana tidak berjaya membunuh wanita itu.

Mereka kemudian melakukan perkara yang lebih dahsyat.



Botha ditikam 30 kali di perut dan dapat mengingati bagaimana du Toit menyatakan ingin memusnahkan organ pembiakannya.

Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana tikaman itu tidak mengenai organ utama pada badannya.

Lelaki itu bersiap-siap untuk meninggalkannya kerana menyangkakan Botha sudah mati dan mereka memutuskan untuk mengelar leher wanita itu 16 kali.

Tapi apa yang mengejutkan, selepas ditinggalkan penjenayah itu, Botha masih bernyawa.



Selepas menulis nama penyerang di pasir, wanita itu melihat lampu kenderaan melalui celah daun dan tahu dia harus segera tiba ke jalan.

Ketika berdiri, dia merasakan kepalanya seakan ke belakang dan seperti hampir terputus dari badannya.

Apabila melangkah, dia dapat merasakan sesuatu terkeluar dari perutnya iaitu usus.

“Ketika saya berjuang untuk hidup, penglihatan saya semakin kabur dan saya jatuh berkali-kali tetapi berjaya bangun semula hingga akhirnya tiba di jalan dan diselamatkan,” katanya.



Mereka dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada Ogos 1995. HM

Dirogol, ditikam 30 kali dan dikelar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Farahdhiya jijik jadi fantasi lelaki

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker