Ini tiga senario keputusan bakal berlaku di PRN Selangor

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak menolak kemungkinan bahawa Perikatan Nasional (PN) berpeluang menawan Selangor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan, sekiranya peratusan keluar mengundi berpihak kepada gabungan tersebut.Bekas Ketua Pemuda UMNO itu dalam ulasannya di laman pusat penyelidikan ISEAS Yusof Ishak Institute beliau menyenaraikan tiga senario keputusan yang bermungkinan berlaku pada PRN di Selangor, yang kini ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH).Memberikan senario pertama di mana PN berpeluang menawan negeri itu, bekas Menteri Kesihatan itu berpandangan, ia berlaku apabila bahagian undi PH-Barisan Nasional (BN) dalam kalangan orang Melayu menurun kepada 32 peratus, walaupun dengan peratusan keluar mengundi yang tinggi sebanyak 81 peratus.Dalam kes tersebut, Khairy menjangkakan PH-BN akan memenangi 27 kerusi dan PN akan memenangi 29 kerusi DUN di Selangor.

Begitu pun kata beliau, gabungan PH-BN mampu mengekalkan Selangor pada senario kedua apabila peratusan keluar mengundi tinggi, iaitu 81 peratus, ia berlaku sekiranya PH mengekalkan perkongsian undi mereka sebanyak 95 peratus dalam kalangan bukan Melayu.

“Manakala majoriti penyokong Melayu menukar sokongan mereka kepada calon BN, dan penyokong BN pula melakukan perkongsian undi yang serupa dengan memindahkan majoriti undi mereka kepada calon PH.

“PH-BN akan mendapatkan 52 peratus undi daripada pengundi Melayu, yang merupakan anggaran realistik berdasarkan apa yang diperoleh PH semasa pilihan raya umum. Hasilnya akan menjadi PH-BN: 55 (kerusi) dan PN: 1 (kerusi),” katanya memetik kenyataan tersebut.



Selain itu, senario ketiga diberikan Khairy yang turut dilihat memihak kepada PH-BN ialah jika peratusan keluar mengundi bagi bukan Melayu pada 55 peratus, manakala Melayu 81 peratus.

Jika anggaran penyertaan pengundi Melayu adalah 81 peratus dengan PH-BN mendapatkan 37 peratus sokongan disebabkan oleh pemindahan undi yang signifikan daripada BN kepada PN, bukannya kepada PH.

Dalam senario ini, Khairy berkata, PH-BN masih akan mendominasi dengan 34 kerusi berbanding PN dengan 22 kerusi.

Pada masa sama, beliau dalam ulasan ISEAS Perspective itu turut merumuskan PRN pada 12 Ogos depan merupakan pungutan suara rakyat atau referendum rakyat terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang telah memerintah selama lapan bulan.



Ujarnya, Selangor bakal berdepan ujian sebenar dalam melihat hasil daripada kerjasama PH dan BN dalam mendapatkan sokongan daripada para pengundi.

“Berdasarkan kepada pencapaian pentadbiran negeri semasa dan jangkaan awal pengundian, Selangor masih boleh dikekalkan oleh Pakatan Harapan.

“Pun begitu, senario politik semasa di Malaysia menunjukkan PN mungkin mempunyai momentum untuk merampas negeri berkenaan,” jelas beliau lagi. – Awani

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norish Karman bibir tebal kerana botox?



Isteri nak buat kejutan

Dato Malik bebas dengan jaminan



Hari Asyura, kelebihan Puasa 9,10,11 Muharam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker