Sedekah durian kepada penduduk yang terjejas
Sedekah durian kepada penduduk yang terjejas
Peniaga mahu sedekah durian untuk penduduk terjejas
Kuala Terengganu: Menyedari orang ramai terbeban sejak pandemik Covid-19 melanda negara, dua peniaga menawarkan durian percuma kepada individu yang benar-benar terjejas untuk menikmatinya.
Ahmad Sofi Naim Che Mat Duzki, 27, dari Kampung Gong Kiat, Padang Midin, di sini, berkata dia dan rakannya, Mohd Firdaus Khamis, 32, menjual durian pelbagai gred sejak November tahun lalu.
Menurutnya, ketika ini mereka bersedia menjamu durian secara percuma kepada penduduk yang terjejas untuk menikmati raja buah itu sebagai cara untuk berkongsi rezeki.
“Jika ada sesiapa yang teringin makan durian, tetapi kurang berkemampuan boleh datang ke gerai saya.
“Saya bersimpati dengan nasib segelintir penduduk yang teringin makan durian, tetapi harga durian agak mahal dan mereka berdepan kekangan kewangan akibat Covid-19.
“Justeru, saya tidak kisah sekiranya ada penduduk setempat yang betul-betul terjejas datang ke gerai dan boleh makan durian secara percuma,” katanya.
Menurutnya, dia berpegang kepada nasihat seorang ustaz yang pernah berkunjung ke gerainya untuk membeli durian sebelum ini.
“Ustaz itu nasihatkan saya dan rakan supaya lebih kepada sedekah dalam berniaga berbanding terlalu mengejar keuntungan.
“Sejak saya praktikkan nasihat itu, Alhamdulillah rezeki semakin bertambah, jualan durian juga laris berbanding biasa.
“Setakat sedekah sebiji atau dua biji itu tidak ada masalah, tidak rugi lagi kami berniaga, malah Allah ganti dengan rezeki lain,” katanya. HM
Sedekah durian kepada penduduk yang terjejas
Baca Artikel Menarik :
- Guna Saluran Rasmi, “Bendera Putih’ Tidak Diiktiraf Di Kedah – MB Kedah
- ‘Burnout’ mungkin ancaman kluster baharu
- Neelofa agih set kelengkapan jenazah dan keranda
- Amyra Rosli dikecam menunjuk-menunjuk makan durian
- Resepi Ayam Cordon Bleu Sos Lada Hitam
- COVID-19: Jawa, Bali diisytihar darurat
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.