Pasar raya diserbu sambut PKPD

Pasar raya diserbu sambut PKPD

Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa daerah negeri ini membuatkan pasar raya ‘diserbu’ orang ramai ramai yang ingin membeli barangan keperluan sebagai persiapan awal.

Hasil tinjauan mendapati orang ramai mula mengunjungi pasar raya seawal pukul 8 pagi dengan jumlah makin meningkat memasuki tengah hari tadi.

Seorang pembeli yang mahu dikenali sebagai Suzana, 35, berkata, dia membeli-belah pada hari ini kerana bimbang bahan makanan asas tidak ada stok di pasar raya dalam tempoh dua minggu ini.

“Hari ini habiskan kira-kira RM300 untuk stok makanan bagi saya lima sekeluarga.

“Beberapa pasar raya saya kunjungi sebelum ke sini didapati penuh dengan orang ramai yang turut ingin membeli persiapan awal,” katanya ketika ditemui sini hari ini.

Berdasarkan tinjauan, antara barangan keperluan seperti minyak masak, ayam dan ikan hampir habis sebelum diisi semula pihak pengurusan pasar raya.

Bagi seorang pelanggan dikenali Daud, 38, memberitahu, situasi hari ini mengingatkannya kepada pembelian panik sehari sebelum PKP 1.0
dilaksanakan Mac tahun lalu.

“Namun kali ini, pihak pasar raya dilihat telah mengambil stok bahan makanan mencukupi demi keperluan pengguna ‘menyambut’ PKPD.

“Saya berharap PKPD tidak akan dilanjutkan selepas 16 Julai depan ekoran rakyat cukup terkesan ketika ini,” jelasnya

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumkan hampir keseluruhan daerah di Selangor dikenakan PKPD bermula esok sehingga 16 Julai ini.

Antara daerah yang terlibat ialah Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling dan Sepang selain 14 lokaliti di Kuala Lumpur. K Online


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lagi pemimpin PAS kurang senang kempen #BenderaPutih

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker