Rakyat benci kerajaan PN pun salah Najib

Rakyat benci kerajaan PN pun salah Najib

Rakyat marah kerajaan PN asyik ulang-ulang buat PKP dan lockdown separuh masak yang gagal bersambung gagal sehingga mereka terpaksa dikurung berbulan-bulan tanpa pendapatan.

Tapi naratif propaganda JKOM sekarang pula ialah Najib sengaja hasut dan provoke Rakyat untuk benci kerajaan.



Saya tak rasa sesiapa perlu hasut berjuta Rakyat yang sedang menderita sebab dikurung tanpa wang dan makanan untuk marah dengan kerajaan.

Orang dengan keluarga yang lapar dan tertekan dengan masalah kewangan akibat kesilapan berulang-kali kerajaan tidak perlu dihasut oleh sesiapa untuk membenci kerajaan.

Saya tak rasa sesiapa perlu hasut berjuta Rakyat yang tengok dengan mata sendiri bagaimana kerajaan PN hari ini derhaka pada titah-titah YDP Agong dan Raja-Raja Pemerintah dengan memberi alasan gila bersambung alasan bodoh.

Jika Najib nak hasut dan provoke Rakyat, dah lama saya saran Rakyat tukar gambar profile hitam putih (seperti seorang Menteri PN baru buat semalam), pasang bendera putih atau hitam ataupun ajak Rakyat pakai baju colour turun jalan raya untuk dihasut dan ditipu sebagaimana dibuat oleh pemimpin-pemimpin PN.



Pernahkan Najib saran atau ajak begini?

Tak pernah sekalipun saya fitnah kerajaan/menteri atau keluarkan berita tak sahih sebagaimana mereka dalam kerajaan PN pernah buat terhadap saya.

Tidak sekali pun.

Sebaliknya, berpuluh-puluh amaran, saranan dan cadangan diberi saya yang akhirnya Kerajaan PN buat juga berbulan-bulan kemudian selepas terciduk.



Jadi, tak kan Rakyat benci kerajaan PN pun salah Najib? NAJIB RAZAK

Rakyat benci kerajaan PN pun salah Najib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Lagi pemimpin PAS kurang senang kempen #BenderaPutih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker