Netizan Bongkar 3 Bukti Zarina Anjoulie Ditahan Polis Kerana Ambil Dadah

Netizan Bongkar 3 Bukti Zarina Anjoulie Ditahan Polis Kerana Ambil Dadah

Semalam, tersebarnya berita mengenai penahanan seorang selebriti wanita kerana terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine.

Dalam sebuah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, identiti selebriti itu tidak didedahkan.

Namun netizen berjaya membongkarkanya melalui beberapa informasi yang dikongsikan dalam siaran media tersebut.

Menerusi laman sembang hiburan forum di Cari.my, rata-rata netizen dapat meneka selebriti tersebut adalah pelakon dan usahawan Zarina Anjoulie.

Berikut 3 perkara yang telah dirungkai oleh netizen yang membuktikan Zarina Anjoulie atau Anju ditahan polis.

Berusia 34 Tahun

Menurut ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, berkata artis itu berusia 34 tahun. Netizen mendedahkan bahawa di laman Wikipedia, Anju atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul dilahirkan 9 September 1987. Tahun ini dia berusia 34 tahun.

Restoran Milik Ibu Anju di Kampung Chalet Nilai

Dalam kejadian tersebut, pihak polis menahan artis wanita itu dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai, di sini, pada jam 9.15 malam. Rata-rata netizen mengetahui bahawa Anju sememangnya tinggal di Nilai, Negeri Sembilan.

Ibu kepada Anju, Norzaini Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Aunty Aini merupakan pemilik restoran sendiri di Kampung Chalet Nilai yang diberi nama Aunty Aini’s Garden Café. Lokasi ini menjadi tempat kegemaran Anju untuk buat siaran live di Instagramnya.

Ruangan komen Di Instagram Telah Diserbu Netizen

Sebelum ini, bekas suaminya Eilyas Azhar pernah  ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai susulan laporan polis dibuat oleh Anju berkenaan dengan kes ugutan.

 

Menguatkan lagi berita penahanan Anju, diruangan komen pada posting terakhir telah diserbu netizen dan mereka yakin bahawa Anju telah ditahan polis.

Di IG stories, Anju menasihat pengikutnya agar kekal tenang dan tidak bimbang. Malah dia berjanji akan menceritakan hal sebenar dalam masa terdekat.

Sementara itu, dalam laporan yang dikeluarkan oleh BH Online, suspek dibawa ke Pejabat Narkotik IPD Nilai bagi tujuan ujian saringan awal polis.Hasil ujian saringan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine. Walaubagaimanapun, suspek diberi jaminan polis selepas diambil keterangan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker