Ugut mahu bom McDonald’s kerana sos pencicah



Ugut mahu bom McDonald’s kerana sos pencicah

ANKENY, Iowa – Seorang lelaki dari negeri Iowa, Amerika Syarikat (AS) ditahan polis kerana mengugut untuk meletupkan sebuah cawangan restoran makanan segera McDonald’s, lapor Fox News, semalam.

Robert Golwitzer Jr., 42, membuat ugutan itu menerusi panggilan telefon selepas pesanan nugetnya tidak disertakan dengan sos pencicah yang diminta.

Wakil Jabatan Polis Ankeny, Sarjan Corey Schneden berkata, pihaknya menerima laporan polis mengatakan Golwitzer mengugut mahu meletupkan McDonald’s Ankeny dan ingin menumbuk pekerja yang menguruskan pesanannya.

“Suspek mengaku membuat ugutan itu apabila dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut,” kata Corey.




Golwitzer telah didakwa di bawah tuduhan jenayah Kelas D berkaitan laporan palsu mengenai alat letupan atau pembakar api.

Dia telah ditahan di Penjara Daerah Polk pada Sabtu lepas dan dibebaskan dengan ikat jamin sehari selepas itu. – Agensi

Ugut mahu bom McDonald’s kerana sos pencicah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU





Tukang urut hina azan di Facebook ditahan



Leave a Reply

Your email address will not be published.