Perhimpunan Black Democracy tiada sambutan

Tindakan tegas jika berhimpun Rabu ini

Perhimpunan Black Democracy tiada sambutan

JOHOR BAHRU – Perhimpunan haram Black Democracy yang dijadualkan diadakan bermula pukul 12 tengah hari ini di bandar raya ini tidak mendapat sambutan.

Ini susulan kawalan keselamatan yang diketatkan oleh Polis Johor secara bersepadu termasuk beberapa sekatan jalan raya (SJR) yang dibuat di lokasi tumpuan perhimpunan Black Democracy itu diadakan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, kawalan keselamatan yang dipertingkat di kawasan bandar raya ini turut melibatkan agensi lain seperti Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) sejak semalam.

Beliau berkata, pasukan keselamatan melibatkan 400 anggota dan pegawai yang membuat kawalan di beberapa SJR di Istana Bukit Serene, Istana Besar, Istana Pasir Pelangi dan bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi memastikan tidak ada kejadian tidak diingini berlaku.

“Alhamdulilah, situasi di bandar raya ini terkawal sejak kawalan keselamatan ditingkatkan seawal 8 pagi tadi dan tiada individu atau kumpulan dikesan serta kompaun dikeluarkan setakat ini.

“Kawalan yang kita buat di beberapa lokasi strategik di bandaraya ini tidak mengesan sebarang pergerakan perhimpunan Black Democracy, nampaknya tiada sambutan setakat ini di bandar raya ini,” katanya dalam sidang akhbar di Bangunan KWSP di sini hari ini.

Polis Johor mengetatkan kawalan di pusat bandar raya ini dengan mengadakan SJR selain menutup beberapa laluan utama di lokasi strategik di sekitar Johor Bahru.

Ia susulan perhimpunan Black Democracy yang dijadualkan berlangsung pukul 12 tengah hari yang dibuat di seluruh negara membabitkan beberapa lokasi strategik. K Online

Perhimpunan Black Democracy tiada sambutan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tukang urut hina azan di Facebook ditahan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker