Kawalan sempada, tugas ASKEM diambil alih PDRM — MYKMU.NET

Kawalan sempada, tugas ASKEM diambil alih PDRM



Kawalan sempada, tugas ASKEM diambil alih PDRM . Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) yang ditubuhkan pada Disember 2017 dibubarkan dan tugas-tugas agensi berkenaan diambil alih sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata tugas-tugas berkenaan dipertanggungjawabkan di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenterawam Awam iaitu Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Mac lepas telah bersetuju dengan cadangan rasionalisasi AKSEM menerusi penstrukturan semula serta diletakkan di bawah PDRM. Selain itu, Akta AKSEM 2017 (Akta 799) akan dimansuhkan setelah proses penstrukturan ini dilaksanakan.

“Pelaksanaan penstrukturan semula AKSEM ke dalam PDRM akan dilaksanakan secara berfasa mulai hari ini sehingga 30 September tahun ini,” katanya dalam sidang media majlis penyerahan tugas AKSEM kepada PDRM di Bukit Aman di sini hari ini.

Beliau berkata penstrukturan semula AKSEM merangkumi aspek peranan, penyerahan aset, penjajaran semula perjawatan dan sumber manusia serta pengurusan kewangan dan perolehan.




Kawalan sempada, tugas ASKEM diambil alih PDRM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mahathir : Menyesal saya letak jawatan



Leave a Reply

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: