Lelaki Ini Guna Minyak Masak Ganti Petrol Agar Kereta Lebih Laju [VIDEO]

Lelaki Ini Guna Minyak Masak Ganti Petrol Agar Kereta Lebih Laju [VIDEO]

JAKARTA – Seorang lelaki dari Indonesia mendapat perhatian netizen apabila video yang menunjukkan dia sedang memasukkan minyak masak ke dalam tangki kereta tular di media sosial, lapor Suara.com, semalam.

VIDEO DIBAWAH:-

Menerusi kemas kini di akaun Instagram @Indra_fathan, pemuda itu percaya bahawa taktik menggunakan minyak masak menggantikan minyak petrol biasa mampu membuatkan kenderaannya bergerak lebih laju.



Lelaki bernama Abbaz Ahmad itu dipercayai mengisi tangki minyak keretanya menggunakan minyak masak sebanyak satu liter.

Minyak masak yang digunakan Abbaz untuk menjadikan keretanya bergerak lebih laju. – Instagram

“Minyak masak satu liter untuk kereta saya agar mampu meluncur lebih laju,” kata Abbaz dalam video tersebut.

Tindakan Abbaz menggunakan minyak masak mendapat pelbagai reaksi netizen yang terbahagi dua antara setuju dan menolak pilihan minyak lelaki itu.

“Memang sudah biasa taktik guna minyak goreng jadikan kereta bergerak lebih laju,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Kalau darurat, tidak mengapa. Jika sengaja, hanya merosakkan enjin kereta sahaja,” komen seorang lagi. 

Agensi



Lelaki Ini Guna Minyak Masak Ganti Petrol Agar Kereta Lebih Laju [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Premis jual-beli produk sawit ‘haram’ buang selori minyak hitam dalam sungai



Pak Cik Shell Dedah Teori Pam Perlahan Dapat ‘Minyak Ekstra’ Hanya Mitos Semata-Mata

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker