Video lucah mirip selebriti lelaki tersebar
Video lucah mirip selebriti lelaki tersebar
PETALING JAYA – Laman media sosial hari ini kecoh selepas sebuah video lucah yang didakwa milik seorang penyanyi dan juga pelakon tular dalam Twitter.
Dalam video berdurasi dua minit lapan saat itu, seorang lelaki yang didakwa mirip dengan selebriti berkenaan dilihat dalam keadaan tidak berpakaian dan menunjukkan bahagian alat sulitnya di hadapan kamera.
Hasil pemerhatian Kosmo! Online, video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dan telah diulang siar sebanyak 250 kali oleh netizen.
Dalam ruangan komen, terdapat netizen berpendapat rakaman tersebut merupakan video lama milik selebriti lelaki itu.
Untuk rekod, video tayang kemaluan didakwa milik beberapa selebriti lelaki tanah air juga pernah tersebar dalam media sosial sebelum ini.
Antara yang pernah menjadi mangsa ialah aktor, Zul Ariffin dan penyanyi, Aiman Tino. K Online
Harap-harap bukan video sebenar dan hanyalah edit saja. Bukan apa sebelum ini pun ramai artis dah terkena edit.
Sejak akhir-akhir ini ramai pula artis Malaysia yang terpalit dengan skandal foto atau video edit. Namun banyak yang menganggap foto itu hanyalah di’edit’ atau photoshop.
Beberapa waktu lalu media digemparkan dengan munculnya video seks Eyka Farhana, kemudian disusuli dengan video menyerupai wajah Anding. Video tersebut jadi heboh, kerana menjatuhkan maruah artis tersebut lantas menjejaskan karier mereka. Meski begitu ramai yang percaya foto dan video itu hanyalah edit atau photoshop sahaja.
Ramai lagi artis Malaysia yang terpalit dengan kontorversi ini sehinggakan terpaksa membuat laporan polis.
Video lucah mirip selebriti lelaki tersebar
Baca Artikel Menarik :
- Mustapa makan di cafe, langgar sop
- Kerajaan jagalah rakyat, mereka kini menangis
- Recall system’ beri mandat kepada pengundi
- Jamal Abdillah Dipanggil Polis, Sertai Majlis Sosial Di Ladang
- Resepi Pecel Sayur & Tips Kuah Pecel Tahan Berbulan
- Resepi Sup Ekor Thai Power
Layari Laman Facebook MYKMU
Moratorium bukan automatik dan ada faedah dikenakan